JENDELA perpindahan kedua Liga Malaysia telah membuka tirainya sekali gus memberikan peluang buat semua kelab untuk menambah baik pasukan.
Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) antara pasukan yang telah mengumumkan kemasukan pemain-pemain baharu.
Namun kesemua pengumuman itu merupakan pemain import dan setakat ini tiada perpindahan daripada bintang tempatan.
BACA LAGI: Perit jerih 9 tahun banggakan ibu, anak jati Gombak bintang dalam pembikinan Gergasi Merah
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kembalikan yang asal', 'Mat Saleh' dikecam gatal tangan edit logo Terengganu FC
Ia sekali gus memberi ruang buat pemain tempatan untuk beraksi dengan kelab lain selepas tidak mendapat tempat bersama pasukan sendiri.
Majoriti senaraikan tiga pasukan boleh menjadi destinasi pemain-pemain yang tidak mendapat minit permainan bersama kelab diwakili.
Kelab-kelab ini telah membuktikan mereka mampu mengembalikan karier pemain yang kurang mendapat minit permainan dalam Liga Super musim 2024-2025.
1. Sri Pahang FC
Sri Pahang FC telah terbukti mampu mengembalikan prestasi pemain-pemain yang boleh kita anggapkan sudah tenggelam dalam Liga Super.
Azrif Nasrulhaq, Fadhli Shas antara dua pemain yang mula kembali meniti di bibir peminat selepas mempamerkan aksi yang baik bersama Tok Gajah.
Musim ini, giliran Adam Nor Azlin pula mendapat 'spotlight' daripada penyokong selepas kembali menjadi tonggak utama Sri Pahang daripada JDT.
Ini membuktikan Sri Pahang merupakan kelab yang boleh memberikan minit permainan kepada pemain-pemain tempatan yang kurang diberi untuk peluang beraksi.
2. Penang FC
Penang FC musim ini telah meminjam dua pemain dari JDT dan Selangor untuk memantapkan skuad mereka dengan misi mampu memberikan saingan di Liga Super.
Dua pemain itu ialah Syamer Kutty Abba (JDT) dan Richmond Ankrah (Selangor) yang cemerlang bersama Harimau Kumbang.
Tanpa isu tunggakan gaji, Penang juga destinasi yang baik untuk pemain-pemain terpinggir mencari minit permainan menjelang jendela perpindahan kedua ini.
3. Negeri Sembilan FC
Mengikuti jejak langkah Penang, Negeri Sembilan FC juga meminjam dua pemain daripada Selangor FC.
Syahmi Adib Haikal dan Hein Htet Aung mendapat peluang kedua untuk beraksi dalam Liga Super selepas banyak menghabiskan masa di bangku simpanan bersama si Gergasi Merah.
Hasilnya, Htet Aung dapat menjaringkan gol ke dalam gawang JDT semasa Negeri Sembilan bertemu Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Mei lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram