PEMAIN pertahanan Nacional, Juan Izquierdo yang rebah di atas padang selepas mengalami degupan jantung tidak teratur minggu lalu, meninggal dunia, kata kelab Uruguay itu, pada Rabu.
Pemain berusia 27 tahun itu menjalani rawatan perubatan sejak rebah semasa perlawanan Copa Libertadores menentang Sao Paulo pada 22 Ogos lalu di Brazil.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kembalikan yang asal', 'Mat Saleh' dikecam gatal tangan edit logo Terengganu FC
BACA LAGI: 'Yakin 75% Pestabola Merdeka milik Harimau Malaya, ketiadaan UM beri kesan suram'
"Dengan rasa sedih dan terkejut, kami, Club Nacional mengumumkan kematian pemain kesayangan kami Juan Izquierdo.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan, rakan sekerja dan orang tersayang bersamanya. Seluruh Nacional sedang berkabung atas kehilangannya," tulis Nacional di X.
Alejandro Dominguez, presiden badan induk bola sepak Amerika Selatan, turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Izquierdo.
"Bola sepak Amerika Selatan sedang berkabung," katanya.
Esse vídeo é loucura, o cara começa a se desequilibrar dnd e os outros jogadores já ficam apavorados.
Forças para o Juan Izquierdo e todos seus familiares. pic.twitter.com/CM0Cn5dKv0
— ᴘᴀɴᴄᴀxx ҂ (@pancadaxxx) August 28, 2024
Kelab Sao Paulo berkata, mereka sangat sedih dengan berita itu dan menganggapnya sebagai hari yang menyedihkan untuk dunia bola sepak.
Izquierdo pengsan di atas padang pada minit ke-84 perlawanan di Stadium Morumbi tanpa bersentuhan dengan pemain lain.
Dia dibawa keluar padang dengan ambulans sebelum dirawat di unit rawatan rapi Hospital Albert Einstein. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram