[VIDEO] Empat bandar Amerika Syarikat laksana PKP, mahu cegah penularan virus EEE dibawa nyamuk


  • Benua
  • Ahad, 25 Ogos 2024

Perintah kawalan berkurung akan dilaksanakan sehingga Oktober selepas mengesan kes pertama EEE yang dibawa oleh nyamuk.

EMPAT bandar di daerah Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) melaksanakan perintah kawalan berkurung (PKP) untuk mencegah penyebaran virus Eastern Equine Encephalitis (EEE) yang dibawa oleh nyamuk.

Menurut laporan media tempatan, pegawai kesihatan Massachusetts menasihatkan penduduk untuk berada di rumah selepas pukul 6 petang tanpa sebarang aktiviti luar.

Perintah kawalan berkurung itu akan dilaksanakan sehingga Oktober depan selepas dikesan kes pertama EEE yang dibawa oleh nyamuk melibatkan manusia di Massachusetts pada 16 Ogos lalu.

BACA LAGI: 5,000 rakyat Malaysia bakal dilatih, diambil bekerja dalam MoU teknologi Malaysia-India

BACA LAGI: Habib Haroon ucap selamat tinggal, bakal kembali ke Liga Bahrain

Virus EEE boleh menyebabkan pesakit mengalami demam atau penyakit neurologi, meningitis (radang selaput otak) dan ensefalitis (inflamasi otak).

Setakat ini masih tiada vaksin yang ditemukan untuk mencegah penyakit EEE.

Baru-baru ini, Bekas Ketua Penasihat Perubatan kepada Presiden Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci telah dimasukkan ke hospital selepas disyaki dijangkiti virus EEE.

Namun menurusi laporan CNN, Dr. Anthony Fauci telah dibenarkan keluar daripada hospital dan sedang berehat di rumah kediamannya.

Kira-kira 1,000 rakyat AS dimasukkan ke hospital setiap tahun disebabkan virus EEE yang disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti.

Lebih 1,500 lagi, secara purata, didiagnosis selepas mengalami gejala, walaupun pakar menganggarkan bahawa sebanyak 80 peratus jangkitan di AS tidak pernah dikenal pasti. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram