Bertahun-tahun pengalaman, debut di Olimpik Tokyo diharap jadi kunci munculnya 'The Next Farah Ann'


  • Podium
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Reputasi Farah Ann sebagai seorang atlet gimnastik dalam negara tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai.

SEBUT sahaja sukan gimnastik, pasti banyak mata akan tertumpu kepada negara-negara yang banyak mengeluarkan bakat dari sukan beritma berkenaan seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Jarang sekali negara Asia Tenggara seperti Malaysia menjadi 'kolam' bakat sukan berkenaan namun jika boleh disebut satu, nama Farah Ann Abdul Hadi pasti merupakan antara yang paling sinonim.

Atlet jelita itu sememangnya memiliki karier cukup baik dalam sukan berkenaan selepas menceburinya seawal usia tiga tahun yang banyak membantunya untuk membina nama di pentas antarabangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara dipaksa bertanding masa sakit kaki, gimnas 14 tahun pernah hampir cedera parah

BACA LAGI: Paris 2024: Gimnas muda negara berguru dengan ‘King Kohei’ di Jepun

Farah Ann menceburkan diri dalam sukan gimnastik sejak kecil lagi.

Bagaimanapun, liku-liku dihadapinya dalam acara gimnastik bukanlah mudah kerana dia perlu membuktikan diri di peringkat kebangsaan dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi platform baginya.

Peluang itu diambil sebaiknya oleh anak jati Subang Jaya, Selangor tersebut apabila dia tidak pernah lagi berpaling ke belakang sehingga membolehkannya menjadi seorang atlet gimnastik cukup berjaya dalam negara.

Ini dibuktikan dengan pelbagai kejohanan yang pernah disertainya, termasuk beberapa edisi Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan pernah mencipta nama sebagai Olympian negara.

Sebagai rekod, Farah antara atlet gimnastik artistik negara yang paling berjaya di Sukan SEA apabila sebelum ini berjaya meraih tujuh emas menerusi penampilan pada edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila.

Selepas terlepas Rio 2016, Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila mendapat tempat ke-59 daripada 180 gimnas dalam sesi kelayakan acara individu all around di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

National artistic gymnast Farah Ann Abdul Hadi biting her gold medal after won the SEA Games women's qualification and all-around final at the Rizal Memorial Coliseum in Manila yesterday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. December 2, 2019.

Farah Ann bersama pingat emas yang pernah diraihnya pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Kejayaannya berhasil mara ke pentas Olimpik itu menyaksikan Farah Ann gimnas Malaysia ketiga yang layak ke Sukan Olimpik, selepas Au Li Yen di Sydney 2000 dan Ng Shu Wai di Athens 2004.

Prestasi Farah bagaimanapun di pentas Olimpik tidak dapat menyayingi gimnas dari negara lain apabila dia sekadar menamatkan aksi pada pusingan kelayakan keempat di kedudukan ke-53 keseluruhan pada empat tahun lalu.

Selepas mengharungi empat aparatus, Farah Ann yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik mengumpul keseluruhan 48.565 mata dalam saingan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake dekat Tokyo, Jepun.

Namun, ramai tidak tahu bahawa persembahannya yang sarat dengan senyuman ketika Olimpik Tokyo berkenaan menyembunyikan kesakitan apabila Farah Ann mendedahkan dia ditimpa masalah kecederaan.

Impian untuk menyaksikan Farah Ann untuk tampil dalam Olimpik seterusnya tidak kesampaian apabila ratu gimnastik negara membuat keputusan untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada sukan yang dicintainya itu pada 2022.

National gymnast Farah Ann holding a press conference following her retirement announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Farah Ann gagal menahan sebak ketika mengumumkan persaraannya.

Ia jelas satu keputusan sukar buatnya apatah lagi, selepas 25 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan dengan sehingga kini masih tiada seorang pelapis pun boleh menandingi pencapaian Farah Ann.

Seperti ayat terakhirnya ketika mengumumkan persaraan yang mahu memberikan sesuatu kembali kepada sukan berkenaan, Farah Ann membuktikan apabila dia sering dipanggil menjadi juri di beberapa kejohanan seperiti SUKMA.

Tidak cukup dengan sumbangannya di peringkat akar umbi, khidmat Farah Ann juga dipanggil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk terlibat dalam temasya Olimpik Paris baru-baru ini.

Kehadirannya juga dihargai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memuat naik satu hantaran khas untuk menghargai Farah Ann di samping beberapa bekas atlet lain selepas Olimpik Paris melabuhkan tirainya.

WhatsApp Image 2024-08-25 at 03.44.26

Farah Ann sudah tentu bersemangat untuk menaikkan lagi sukan gimnas dalam negara.

Dia bersama dua wakil lain dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), iaitu Jeffrey Ong dan Soo Beng Kiang dilihat memiliki kepakaran untuk mengemudi atlet yang membawa nama negara ke temasya berkenaan.

Benar, Malaysia tidak mempunyai wakil dalam gimnastik pada temasya tahun ini namun kepakarannya dan pengalamannya suda pasti berharga dalam harapan negara memburu pingat emas pertama.

Persoalannya, masih kurang diketahui sejauh mana peranan Farah Ann dalam program tersebut lagi-lagi jika dilihat tiada prodigi yang mampu menyambung legasi Olympian tersebut.

Dengan program Road To Gold (RTG) yang masih diteruskannsehingga Olimpik Los Angeles 2028, adalah lebih baik jika pihak KBS meletakkan Farah Ann sebagai barisan tenaga pengajar atau pemerhati bakat untuk mencari 'The Next Farah Ann'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram