Kempunan main final dengan Selangor sejak dulu, ex import ucap selamat maju jaya buat Gergasi Merah


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Barisan pemain-pemain Selangor yang akan beraksi di pentas akhir Piala FA 2024.

BEKAS pemain import Selangor FC, Hyuri Henrique mengucapkan selamat maju jaya buat skuad kendalian Nidzam Jamil menjelang aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu (24 Ogos).

Pemain berusia 32 tahun itu pernah mewakili Selangor pada musim 2022 daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hatta Club namun hanya sempat tampil dalam 11 perlawanan.

Dalam media sosial rasmi Selangor, Hyuri meninggalkan komen "All the best, good luck" buat Gergasi Merah yang memburu kejuaraan kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2009.

BACA LAGI: 'Jual tak untung, simpan tak rugi', fans labelkan Sumareh barang 'vintage' JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Jaring 102 gol sepanjang karier antara pro-kontra Nelson Bonilla sertai Terengganu FC

Untuk rekod, semasa musim 2022, Selangor berjaya melangkah ke pentas final Piala Malaysia bertemu JDT di venue sama.

Namun Hyuri tidak sempat beraksi dalam pentas akhir kejohanan itu selepas namanya tidak disenaraikan pada perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan akhir itu, Selangor menggunakan khidmat lima pemain import iaitu Richmond Ankrah, Baha' Abdel Rahman, Alex Agyarkwa, Hein Htet Aung dan Herlison Caion.

Pemain AD Confianca pernah tersenarai antara bintang termahal Liga Super sebelum mendapat kecaman daripada penyokong Selangor kerana beraksi hambar.

Hyuri juga pernah meluahkan kekecewaannya selepas menerima kritikan hebat dari peminat skuad Gergasi Merah itu.

Segelintir peminat mengkritik Hyuri apabila mereka menganggap pemain itu tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada pasukan musim 2022 dan pihak pengurusan hanya melakukan pembaziran dengan menandatanganinya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram