Ada 105 bukan 115 SD, 10 MP turunkan tandatangan bertindih — Ahmad Zahid


  • Primer
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Menurut Ahmad Zahid, 10 SD daripada ahli parlimen BN itu tidak sah.

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 105 Akuan Bersumpah (SD) dan jumlah itu tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan, kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, sebanyak 10 daripada Ahli Parlimen terbabit melakukan tandatangan bertindih membabitkan Barisan Nasional (BN) dan PN.

Menurutnya, ini kerana Ahli Parlimen BN telah menandatangani tiga dokumen yang menyerahkan kuasa kepadanya sebagai presiden parti, mengakui mana-mana kerusi yang dimenangi adalah milik parti, dan perjanjian untuk membayar denda RM100 juta jika mereka keluar parti atau menyokong orang lain.

BACA LAGI: 'Macam lalu titian sirat', penduduk Sungai Buaya minta bina lampu isyarat di persimpangan maut

BACA LAGI: MOU baharu pastikan pengambilan pekerja India lebih terurus — Steven Sim

Tan Sri  Muhyiddin Yassin  leaving after giving statement to cops over his remarks during campaigning in the Nenggiri by-election at MIDA plaza sentral. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Muhyiddin menyerahkan kepada polis 115 SD, termasuk SD miliknya, bagi membuktikan dirinya mendapat sokongan untuk dilantik sebagai perdana menteri selepas PRU15 pada November 2022.

"Apa yang dikatakan oleh beliau (Muhyiddin Yassin), ini (Setiausaha Agung) saksi hidup, 115 SD yang dikatakan ada itu termasuk 10 SD daripada Ahli Parlimen (BN) yang menandatangani dua SD.

"105 SD tidak cukup nak bentuk kerajaan.

"Yang keduanya setiap calon parlimen BN perlu tandatangan tiga dokumen.

"Satu menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebab tindakan bagi ke arah pembentukan kerajaan," kata Timbalan Perdana Menteri pada sidang media pada Khamis.

Pada Rabu, Muhyiddin menyerahkan kepada polis 115 SD, termasuk SD miliknya, bagi membuktikan dirinya mendapat sokongan untuk dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15 pada November 2022. The Star/MAZWIN NIK ANIS, MARTIN CARVALHO, TEH ATHIRA YUSOF dan GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram