[VIDEO] Jaring 102 gol sepanjang karier antara pro-kontra Nelson Bonilla sertai Terengganu FC


  • Podium
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Bonilla dikhabarkan akan menyertai Terengganu FC dan menggunakan jersi bernombor 99 bersama Sang Penyu.

PENYERANG kebangsaan El Salvador, Nelson Bonilla dilaporkan akan menyertai Terengganu FC selepas pemain import, Ivan Mamut dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan.

Bonilla merupakan pemain kelahiran El Salvador berusia 33 tahun dan pernah beraksi bersama beberapa kelab di Thailand seperti Sukhothai, Bangkok United dan Port FC.

Selain disegani di Liga Thailand, Bonilla juga pernah beradu dengan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dalam aksi persahabatan El Salvador menentang Inter Miami pada awal tahun ini.

BACA LAGI: Pau Marti kekal resipi Kim Pan-gon, rahsiakan taktikal Harimau Malaya untuk Pestabola Merdeka 2024

BACA LAGI: Pau Marti hubungi Faisal Halim, umum Juan Torres Garrido 'assistant' baharu Harimau Malaya

Kapten El Salvador itu juga meledak 77 gol sepanjang beraksi di saingan Liga Thailand dari musim 2018 sehingga 2024.

Namun pada musim lalu, prestasi Bonilla semakin merudum apabila rekod jaringannya mula berkurangan.

Dengan itu, Majoriti senaraikan pro-kontra jika Bonilla menyertai pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia:

Pro:-

1. Pengalaman

Bonilla seorang pemain yang kaya dengan pengalaman bola sepak selepas dia beraksi di Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Sebelum menyertai Liga Thailand, Bonilla sudah melakarkan nama di Azerbaijan bersama Zira FC dengan rekod jaringan yang menarik bersama kelab itu.

Jikalau Bonilla menyertai Terengganu, ia bukanlah satu masalah buat pemain itu untuk mengadaptasi corak permainan serta cuaca di Liga Malaysia kerana dia sudah beraksi di Thailand sejak 2018.

Antara pasukan yang pernah disertai Bonilla ialah FCV Farul Constanta (Romania), CD Nacional (Portugal) dan True Bangkok United, Port FC (Thailand).

2. Rekod Jaringan

Memulakan karier di Thailand bersama Sukhothai, Bonilla tampil cemerlang yang mana dia menjaringkan 25 gol dalam 33 penampilan pada musim pertamanya.

Musim berikutnya Bonilla menyertai Bangkok United dan menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan.

Dalam 231 perlawanan, pemain berusia 33 tahun itu telah menjaringkan 102 gol dan melakukan 29 assist sepanjang kariernya.

Rekod paling cemerlang Bonilla ialah di Liga Thailand dengan 65 jaringan serta 19 assist dalam 130 penampilan.

Kontra:-

1.Jangkaan Penyokong

Kemasukkan Bonilla jelas memberi petanda bahawa dia hadir sebagai pengganti Ivan Mamut, sekali gus memberikan sedikit tekanan buat pemain itu.

Ini kerana Ivan Mamut beraksi dengan sangat cemerlang musim lalu sehingga berjaya membantu Sang Penyu layak ke pentas akhir Piala Malaysia 2023.

Jangkaan penyokong akan meleset jika Bonillo tidak bangkit daripada prestasi hambar pada musim lepas bersama Chiangrai United.

Bonilla gagal meneruskan prestasi cemerlang yang mana dia hanya mampu menjaringkan enam gol ketika beraksi bersama Port dan empat gol ketika menyarung jersi Chiangrai United.

2. Berusia

Bonilla sudah berusia 33 tahun ini, ia boleh menjadi taruhan yang tidak menguntungkan Terengganu jika pemain tersebut gagal mengekalkan tahap kecergasan untuk memberi saingan dalam Liga Super.

Ia juga tidak boleh menjadi aset masa jangka panjang buat Terengganu kerana faktor usia akan memberi kesan kepada corak permainan pemain itu.

Ini terbukti dua musim terakhir di Thailand Bonilla tidak mampu merekodkan jumlah jaringan yang tinggi bersama Port dan Chiangrai United. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram