'Satu Malaysia pandang pengadil', fans ‘warning’ Nazmi Nasaruddin jangan buat kesilapan mudah


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Nazmi (tengah) diberi amanah mengadili saingan final Piala FA 2024.

PENGADIL Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Nazmi Nasaruddin dipilih sebagai pengadil aksi final Piala FA 2024.

Pemilihan pengadil kelahiran Pulau Pinang itu dilihat satu tindakan tepat kerana dia mendapat pengiktirafan FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Nazmi juga menjadi pengadil Malaysia pertama mengadili saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menggunakan sistem bantuan video pengadil (VAR) selepas mengikuti siri latihan membabitkan VAR di Arab Saudi pada tahun lalu.

BACA LAGI: 'Jual tak untung, simpan tak rugi', fans labelkan Sumareh barang 'vintage' JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Menggila di Hong Kong, aksi cemerlang ex import Penang FC punca bek baharu JDT sertai Liga Super?

Ini terbukti apabila Nazmi dipilih sebagai pengadil aksi peringkat kumpulan ACL musim 2023/24 membabitkan Buriram United dan Zhejiang FC.

Ia bukan kali pertama Nazmi diberi amanah mengadili saingan final Piala FA.

Sebelum ini, Nazmi turut dipilih sebagai pengadil aksi final Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC.

Selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melantik Nazmi sebagai pengadil akhir Piala FA, penyokong mula memberikan peringatan buat individu itu untuk melakukan tugas dengan baik dan tidak berat sebelah.

"Kena ingat satu Malaysia memandang keputusan semua pengadil, jangan buat kesalahan dan kesilapan berulang seperti perlawanan akhir," kata M Uzaiez Farhan.

"Benda lain tak risau sangat, yang paling risau pengadil perlawanan," ujar Joey Azizul.

"Harap selepas ini MFL jemput pengadil dari luar seperti Indonesia, Thailand, Vietnam ramai-ramai pengadil FIFA baru adil," jelas Hamid Ja'afar.

Kurang daripada 24 jam perlawanan akhir Piala FA akan membuka tirainya yang menemukan dua sang gergasi Liga Bola Sepak Malaysia antara Selangor dan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Sabtu (24 Ogos). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram