TEMASYA Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Sarawak kali ini nyata membawa tuah buat pasukan tuan rumah apabila kini mendahului carta kutipan pingat selepas merangkul 55 emas, 34 perak dan 45 gangsa.
Antara acara tidak disangka yang menyumbang pingat emas ialah dari sukan karate apabila Eidelweiss Franzel Francey Sami menamatkan kemarau emas Sarawak selama 24 tahun.
Dewan Serba Guna Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak riuh dengan sorakan kedua-dua penyokong Sarawak dan Terengganu, yang menyaksikan pertarungan sengit bagi pusingan final antara Eidelweiss dan Mirza Amirah Syuhada Mohd Faizal.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak puas hati dengan juri, gelanggang silat SUKMA kecoh dibaling botol
BACA LAGI: Adik keeper pinjaman Perak ikut jejak langkah, mahu bukti bakat di pentas SUKMA
Berdasarkan laporan TVS, atlet berusia 18 tahun berkenaan mengalahkan Mirza Amirah dalam acara Kumite Individu Wanita Lebih 68 kilogram (kg) dengan kemenangan 8-6 untuk menggenggam emas.
Eidelweiss amat gembira dan tidak menyangka akan mencipta sejarah untuk Sarawak sebagai pemain pertama merangkul emas dalam acara karate menerusi penampilan pertamanya dalam SUKMA XXI ini.
Di sebalik kejayaan berkenaan, timbul isu kontroversi membabitkan Eidelweiss apabila atlet muda itu didakwa berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah tetapi mewakili Sarawak.
"Anak jati Sabah yang belajar di St Francis Convent Kota Kinabalu memenangi pingat emas dalam karate mewakili Sarawak (emas pertama Sarawak dalam karate selepas 24 tahun).
"Dia telah menawarkan diri untuk mewakili Sabah tetapi ditolak walaupun dia telah menewaskan atlet Sabah yang lain berkali-kali. Sarawak kemudian memancingnya untuk mewakili Sarawak selepas Sabah memberitahu tiada kuota lagi untuknya," dakwa seorang pengguna Facebook, Avanus Sunduvan.
Tangkap layar dakwaan dari pengguna Facebook, Avanus Sunduvan.
Walaupun ada yang mempersoalkan keputusan Eidelweiss untuk mewakili negeri jiran, namun dari segi peraturan SUKMA, atlet dibenarkan untuk berdaftar dengan bukan negeri kelahiran masing-masing.
Berdasarkan laporan Majoriti sebelum ini, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub pernah memberitahu bahawa kaedah pinjaman boleh dilakukan namun perlu mendapat persetujuan pengarah Majlis Sukan Negeri yang terlibat.
"Kita ada peraturan tetap untuk mengawal kaedah pinjam atlet.. Dari semasa ke semasa kami akan kemas kini peraturan. Zaman sekarang pula berbeza, antara negeri pun borderless (tanpa sempadan), atlet dah boleh pergi sana sini dengan mudah," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,