'Macam lalu titian sirat', penduduk Sungai Buaya minta bina lampu isyarat di persimpangan maut


  • Massa
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Perkongsian gambar kemalangan MyHuluSelangor yang berlaku di persimpangan Sungai Buaya. —Facebook/MyHuluSelangor

PENDUDUK di Sungai Buaya, Hulu Selangor jelas tidak dapat menahan amarah apabila mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengelakkan kemalangan di persimpangan Sungai Buaya.

Menerusi posting Facebook MyHuluSelangor, persimpangan Sungai Buaya itu dianggap 'Simpang Empat Puaka' di kawasan tersebut dengan sudah pun berlakunya kemalangan meragut nyawa.

Malahan ada pengguna jalan raya yang menggunakan simpang empat maut itu menggelarkan jalan tersebut diibaratkan titian sirat dan sangat bahaya.

BACA LAGI: [VIDEO] Jaring 102 gol sepanjang karier antara pro-kontra Nelson Bonilla sertai Terengganu FC

BACA LAGI: Pau Marti hubungi Faisal Halim, umum Juan Torres Garrido 'assistant' baharu Harimau Malaya

“Aku warga Sungai Buaya, simpang empat ini kalau pagi macam nak lalu titian sirat. Simpan empat ini cukup bahaya masa budak balik sekolah.

“Harap sangat masalah ini dapat diselesaikan dengan segera, Adun dah tukar banyak kali tapi tetap tak selesai juga masalah ini,” kata Mohd Bakhtiar Redzuan.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh MyHuluSelangor itu turut berharap PBT atau pihak berwajib membina lampu isyarat agar tidak berlakunya lagi kemalangan maut di simpang empat tersebut.

“Gambar min posting adalah kemalangan yang dah berlaku di Persimpangan Sungai Buaya bertahun-tahun lalu sehingga meragut nyawa.

“Minggu ini pun difahamkan ada kemalangan berlaku lagi, namun sikap pihak berwajib yang tolak sana sini tanggungjawab untuk bina lampu isyarat menyebabkan ramai lagi terkoban,” jelasnya.

Hantaran MyHuluSelangor turut dipenuhi komen dan luahan daripada pengguna serta penduduk setempat yang bersetuju dengan pembinaan lampu isyarat di kawasan simpan empat tersebut.

"Hati-hati dan bertimbang rasa bila sampai di persimpangan ini," kata Hamdan Salleh.

"Tempat ini kena letak lampu isyarat, garis kuning dan bonggol. Bonggol sebab ada pemandu yang tak reti nak perlahankan kenderaan mahupun penunggang motosikal apabila menggunakan simpang ini," ujar Eric Hoh.

"Sudah beberapa kali kemalangan berlaku di sini, tak lama lagi akan jadi laluan utama dengan pembangunan baharu yang akan datang. Harap dapat dipercepatkan pemasangan lampu isyarat untuk kesejahteraan bersama," luah Lutfi Raffi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram