[VIDEO] Lepas 'hajat' di tepi padang, pemain Atletico Awajun dilayang kad merah


  • Podium
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Rakaman seorang pemain Atletico Awajun membuang air kecil di tepi padang ketika menunggu untuk mengambil sepakan sudut. — Agensi

SEORANG pemain bola sepak dilayangkan kad merah selepas didapati kencing di tepi padang sebelum mengambil sepakan sudut.

Insiden memalukan itu berlaku pada aksi Copa Peru antara Atletico Awajun menentang Cantorcillo FC.

Menerusi video yang tular di media sosial itu memaparkan salah seorang pemain Atletico Awajun, Sebastain Munoz, diberikan kad merah oleh pengadil perlawanan.

BACA LAGI: Jika JDT 'buka kedai', Negeri Sembilan dan 2 kelab Pantai Timur jangan lagi buang masa

BACA LAGI: [VIDEO] Rejaman tajam, Sumandak Sabah sumbang 3 emas di SUKMA

Dipercayai, layangan kad merah itu adalah disebabkan oleh tindakannya yang membuang air kecil di luar padang sebelum mengambil sepakan sudut.

Ketika kejadian tersebut, Munoz menunggu untuk mengambil sepakan sudut memandangkan penjaga gol Cantorcillo, Lucho Ruiz sedang mendapatkan rawatan dalam kawasan kotak penalti.

Namun selepas menyedari rawatan itu berjalan dalam masa yang agak lama, Munoz mengambil peluang untuk membuang air kecil seketika di tepi padang.

Meskipun pemain berusia 31 tahun itu melakukan bantahan tetapi pengadil perlawanan kekal dengan keputusan untuk menghantar pemain itu keluar padang kerana tindakannya yang tidak beretika.

Insiden itu menjadi bualan dan bahan ketawa dalam kalangan peminat bola sepak dunia di media sosial yang menyifatkan ia adalah sesuatu yang pelik dan memalukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram