[VIDEO] Dua budak hilang hampir 10 jam lepas beli pau di Desa Petaling rupanya terperangkap dalam lif


  • Tular
  • Selasa, 20 Ogos 2024

Dua kanak-kanak lelaki berkenaan sebelum ini dilaporkan hilang hampir 10 jam. — Facebook

DUA orang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang pada Isnin akhirnya ditemui selepas mereka rupanya hanya terperangkap di dalam sebuah lif.

Dipercayai, kejadian itu berlaku di Pangsaria Condominium, Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang tular di media sosial sejak Isnin memaparkan dua kanak-kanak lelaki berkenaan terperangkap di dalam lif hampir 10 jam.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aura' pesilat SUKMA Perak lain macam, siap 'make up' nampak seram

BACA LAGI: [VIDEO] Main rally panjang, atlet badminton Borneo bagai bersaudara, 'luang masa' di gelanggang SUKMA

WhatsApp Image 2024-08-20 at 09.45.44 (1)

Dua kanak-kanak lelaki berkenaan ditemui selamat. Facebook

Menurut hantaran tersebut, dua kanak-kanak yang bernama Muhammad Harith Absyar,10, dan Muhammad Faiq Adiwira, 11, itu dilaporkan hilang selepas membeli pau kira-kira pukul 2.15 petang.

Mereka yang dilaporkan hilang hampir 10 jam itu akhirnya ditemui terperangkap di dalam lif hampir pukul 1 pagi Selasa.

Terdahulu, dua kanak-kanak yang bersekolah di SK Desa Petaling itu keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang untuk membeli pau namun sehingga pukul 7 malam, mereka masih belum pulang ke rumah.

Bimbang dengan keselamatan mereka, ahli keluarga mula melakukan pencarian bermula pukul 7.50 malam sebelum ditemui terperangkap dalam lif yang tersekat.

Mangsa mendedahkan bahawa mereka terperangkap di dalam lif tersebut dari pukul 2.15 petang hingga pukul 1 pagi.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan ahli keluarga mangsa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram