PROSES naturalisasi pemain import rancak sedang dilakukan dalam arena bola sepak Malaysia bagi merancakkan industri sukan di negara ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menaturalisasikan tiga pemain iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula namun semua itu tidak menunjukkan hasil yang baik.
Selain FAM, kelab-kelab Liga Malaysia juga telah menggunakan kaedah sama dengan menaturalisasikan pemain import yang telah menetap di negara ini lebih lima tahun.
BACA LAGI: 'Dulu mungkin permusuhan sengit, kini JDT yang dominasi lawan Perak'
BACA LAGI: Endrick dos Santos sifatkan Liga Super lagi ‘kacang’ berbanding V-League
Namun begitu, terdapat pemain import yang layak untuk mendapatkan kerakyatan negara ini selepas mengahwini gadis tempatan.
Majoriti senaraikan tiga import wajar mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas memilih gadis tempatan dan sudah lebih lima tahun beraksi di negara ini:
1. Bruno Suzuki Castanheira
Penyerang import PDRM, Bruno Suzuki memilih wanita tempatan kelahiran Sabah sebagai pasangan hidup dengan sah bergelar suami kepada Rosita Sulaiman pada April lalu.
Bruno yang memeluk islam Ogos lalu telah melangsungkan majlis persandingannya di Putrajaya dalam sebuah majlis yang serba sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat handai.
Pemain kelahiran Jepun-Brazil itu telah beraksi dalam Liga Malaysia sejak 2017 dengan mewakili pasukan Negeri Sembilan, Terengganu dan PDRM FC.
2. Yuki Tanigawa
Pemain import Kuching City, Yuki Tanigawa, memilih wanita tempatan sebagai jodohnya.
Tanigawa memilih gadis Sarawak sebagai teman hidup.
Pertahanan tengah itu mula berkelana ke Liga Malaysia (Liga-M) pada 2020 sebelum kembali ke pangkuan Kyoto Sangyo dan beralih ke Kelantan United.
Namun, sejak tiga tahun lalu dia kembali menyarung jersi Kuching City dan beraksi sebanyak 44 penampilan bersama pasukan itu.
3. Argzim Redzovic
Pemain berusia 32 tahun, Argzim Redzovic masih belum mendapat kerakyatan Malaysia meskipun sudah mendirikan rumah tangga dengan gadis tempatan sejak 2019.
Redzovic juga merupakan anak saudara kepada bekas lagenda Selangor iaitu Mehmet Durakovic.
Pemain kelahiran Montenegro itu memainkan peranan sebagai “ball winner” dalam pasukan dan sering berjaya menangkis hantaran-hantaran bola tinggi dan bola silang ke dalam kotak penalti Terengganu FC.
Dengan statusnya sebagai seorang suami kepada seorang gadis tempatan Redzovic mempunyai harapan yang cerah untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi namun sehingga kini perkara itu tidak terlaksana. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram