PEMAIN baharu Ho Chi Minh City FC, Endrick dos Santos menjelaskan kompetitif Liga Vietnam lebih sukar berbanding Liga Super Malaysia.
Perkara itu dikongsikan Endrick kepada media tempatan dengan dia melihat saingan V. League 1 lebih mencabar berbanding saingan Liga Super disebabkan status Vietnam sebagai jaguh bola sepak rantau Asia Tenggara.
Untuk info, Endrick dilepaskan secara pinjaman oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menyertai Ho Chi Minh City FC selama semusim.
BACA LAGI: [VIDEO] Bersara dari bola sepak, Zaquan Adha ceburi badminton siapkan diri ikut 'tournament'
BACA LAGI: Anda semua akan menolak Sang Kenari terbang tinggi — Daud Bakar
"Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejayaan.
"Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan mereka. V-League liga yang lebih sukar berbanding (Liga Super) Malaysia tetapi (Liga Super) Malaysia semakin berkembang dan semakin kuat.
"Begitu juga dengan pasukan Malaysia. Sekiranya saya berpeluang bersaing dengan pasukan Vietnam, ini akan menjadi cabaran besar bagi saya dan pasukan saya,” katanya kepada Tuoi Tre.
Pada masa sama, Endrick melihat ia bukan saja peluang mencabar dirinya bersaing di bumi Vietnam.
Malah, Endrick berharap dapat membantu Ho Chi Minh City lebih cemerlang untuk kempen 2024/25.
Pemain naturalisasi kebangsaan itu juga berharap dapat meraih lebih banyak minit permainan semasa berada di Vietnam selepas menyaksikan dia hanya merekodkan dua penampilan bersama JDT pada musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram