Besar bungkusan kaki Safuwan, fans Merah Kuning mula risau hilang kapten jumpa JDT


  • Podium
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Selangor akan bertemu JDT pada 24 Ogos ini bagi pentas final Piala FA.  — Facebook/Selangor

MENJELANG kira-kira seminggu lagi sebelum perlawanan final Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), kem Gergasi Merah ditimpa isu kecederaan membabitkan pemain utama mereka

Menerusi foto tular di laman Facebook menyaksikan kaki ketua pasukan Gergasi Merah, Safuwan Baharudin berada dalam keadaan berbalut sambil dirinya dipapah oleh salah seorang kakitangan Selangor FC.

Kecederaan menimpa pemain kebangsaan Singapura berkenaan difahamkan berlaku ketika perlawanan bertemu Sabah FC pada Rabu, yang menyaksikan Gergasi Merah menang 2-1 ke atas The Rhinos dalam aksi Liga Super di Stadium Likas dekat Kota Kinabalu, Sabah.

BACA LAGI: Mampu bayar RM500,000 tebus kontrak bintang ACL, bukti status kewangan Kedah sudah pulih

BACA LAGI: Ubi muda' Selangor FC sah sertai FC Osaka secara pinjaman

Meskipun tiada perkembangan terkini mengenai keadaan pemain berusia 32 tahun berkenaan, namun penyokong Merah Kuning rata-ratanya bimbang jika Safuwan tidak sempat untuk mempersiapkan diri pada aksi final Piala FA nanti.

Kekhuatiran itu pastinya timbul lagI-lagi Safuwan merupakan watak utama yang membantu Selangor mara ke pusingan final Piala FA selepas jaringan hatriknya memadam kelebihan dibawa oleh pasukan lawan, Terengganu.

Selain membantu mencetak jaringan gol kemenangan buat pasukan Lembah Klang itu, Safuwan juga merupakan tunjang utama di bahagian pertahanan dengan bagi mengurangkan jumlah bolos Gergasi Merah.

safuwannnnn

Safuwan meledak hatrik dalam aksi semi final bertemu Terengganu. — Facebook/SelangorFC

Bukan itu sahaja, skuad Gergasi Merah juga pastinya tidak mahu terlepas khidmat kualiti kepimpinan yang ada pada Safuwan terutama dalam perlawanan getir berjumpa Harimau Selatan nanti.

Dalam pada itu, Selangor FC sudah mendapat motivasi terbaik untuk menghadapi final Piala FA selepas meraih tiga mata dalam saingan Liga Super di Stadium Likas dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Pengendalinya, Mohd Nidzam Jamil berkata, kemenangan itu cukup penting untuk menaikkan semangat juang pasukannya bagi menghadapi skuad Harimau Selatan pada 24 Ogos ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram