ATLET berbasikal yang mewakili Perak, Ci Hui Nyo menghadiahkan pingat emas pertama Sukan Malaysia (SUKMA) buat negerinya apabila dia mengungguli acaranya dalam perlumbaan diadakan pada Rabu.
Hui Nyo mencatatkan masa 41.107 untuk menewaskan Zhen Yi Yeong dari Wilayah Persekutuan manakala Nur Fitrah Shaari dari Kedah membawa pulang gangsa.
Perlumbaan sama menyaksikan peserta dari Sarawak, Nurfara Ain Nabiela Abdullah Hafiz mengalami kemalangan kira-kira 500 meter sebelum garisan penamat.
BACA LAGI: SUKMA 2024: Juara bertahan bermula langkah kiri, bintang muda JDT malukan Terengganu
BACA LAGI: SUKMA 2024: Hilang bintang muda tidak resahkan kem Selangor
Kutipan pingat dalam temasya SUKMA setakat ini.
Kemalangan itu sudah tentu merobek hati peserta berusia 19 tahun, namun membawa perkhabaran baik buat Hui Nyo yang berada di tempat pertama untuk meraih pingat emas.
Hui Nyo sebelum ini pernah diangkat sebagai antara prospek dalam sukan berbasikal trek selepas menyertai kejohanan peringkat remaja Asia di India pada 2022.
Jadi, tidak hairanlah dia dapat membawa pulang kejayaan buat negerinya yang meletakkan sasaran 35 pingat emas dalam temasya yang diadakan di Sarawak kali ini.
Kutipan tersebut meletakkan Perak di kedudukan kedua setakat dua hari temasya berlangsung dengan Melaka berada di kedudukan teratas selepas memungut dua emas.
Sebelum ini, Melaka meraih pingat mereka dari acara wushu menerusi Bryan Kai dalam kategori Nanquan serta Ler Tan meraih kemenangan dengan menewaskan pencabar lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram