SABAH FC kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Sri Pahang FC 3-2 dalam saingan Liga Super 2024 pada Jumaat.
Selepas tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC 31 Julai lalu dalam saingan Liga Super, skuad Sang Badak itu bangkit dengan Pahang sebagai mangsa mereka.
Meskipun beraksi di hadapan penyokong lawan, skuad The Rhinos tampak lebih garang apabila tiga gol berjaya diledak di Stadium Temerloh, Pahang.
BACA LAGI: Sabah FC asah 'tanduk' sebelum jumpa Selangor FC, Tok Gajah tempang berdepan TFC
BACA LAGI: Bukan setakat kuatkan otot, guru SMK Kepong kongsi 3 kriteria latih 'ubi muda' sepak takraw
Sebahagian aksi ketika Sahrizan (jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Tok Gajah. — Facebook/Sabahfc
Dalam kemenangan 3-0 yang penuh dramatik itu, Daniel Ting, Jafri Chew dan Farhan Roslan antara watak penting dalam membantu Sabah FC mengakhiri kemarau kemenangan.
Bagaimanapun, tumpuan penyokong The Rhinos tertumpu kepada pemain yang kini meningkat naik iaitu Sahrizan Saidin.
Meskipun jarang diturunkan apatah lagi memulakan permainan sebagai pemain utama, namun sentuhan berbisa yang ada pada pemain muda itu begitu berharga dan berbahaya.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata 'ekor' Sang Badak memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Sandakan itu.
Tidak kurang juga ada peminat yang berasakan kehadiran pemain berusia 25 tahun itu mengubati kerinduan penyokong The Rhinos terhadap Saddil Ramdani.
Kali terakhir Saddil beraksi untuk Sabah FC adalah pada 25 Mei lalu dalam kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC aksi Liga Super.
"Tengok cara dia main terus auto rindu game Saddil Ramdani," kata Zora Thepiupiu.
"Nah ada sudah lagi pengganti si Saddil kan, sudahlah laju, berani lagi pegang bola," kata Abdrahman Berahim.
"Bagus dia ni, tahan lasak dan laju, paling penting boleh mengucar-ngacirkan pihak lawan, dah macam Saddil tengok dia" kata Jerryko Jerryko.
"Speed ada, kerajinan ada dan pandai cari ruang, calon kesebelasan utama Sabah nanti," kata Joseph Amzan.
Dengan kemenangan itu, Sabah FC berjaya memperbaiki kedudukan untuk naik ke tangga keempat selepas tujuh perlawanan Liga Super.
Bagi aksi Liga Super seterusnya, Sabah FC akan melayan kunjungan Selangor FC pada 13 Ogos ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram