Sokong Amirul letak jawatan, ramai lagi yang layak — Hafifi Mansor


  • Podium
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Hafifi sebelum ini pernah beraksi di temasya Olimpik Rio 2016. — Instagram/hafifimansor

"LEBIH baik beramb*s, tak perlu ada paras*t dalam sukan angkat berat."

Begitulah ungkapan daripada bekas atlet angkat berat kebangsaan, Hafifi Mansor susulan peletakan jawatan pengurus pasukan angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim baru-baru ini.

Amirul dilaporkan meletak jawatan susulan kritikan terhadap atlet kebangsaan, Mohamad Aniq Kasdan yang tidak dapat merangkul pingat gangsa dengan perbezaan 1 kilogram (kg) sahaja di temasya Olimpik Parik 2024.

BACA LAGI: [VIDEO] Kelincahan, skil anak kelahiran Sandakan ubati rindu Sang Badak terhadap Saddil

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lebih sudu daripada kuah', bekas coach bongkar punca Aniq Kasdan terlepas pingat

Aniq

Mohamad Aniq ketika beraksi dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di South Paris Arena 6, Paris, Perancis pada 7 Ogos 2024. — Facebook/MSN

Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menduduki tempat keempat dengan jumlah angkat 297kg, dengan Morris dari Amerika meraih gangsa dengan jumlah angkat 298kg.

"Kita sebagai wakil-wakil persatuan dalam angkat berat bersetuju Amirul Hamizan letak jawatan.

"Kita sokonglah dia nak letak jawatan tu sebabnya dah berapa tahun dah, rosak semua atlet-atlet angkat berat di bawah dia.

"Jadi, sejak 2015 Amirul yang menggalas tugas sebagai pengurus sampailah Olimpik 2024, dia yang control sepenuhnya dan tak berbaloi.

"Bagi saya, tak perlulah ada paras*t dalam sukan angkat macam dia ni.

"Sekarang ni dia cakap dia nak letak jawatan. Saya sokong 100 peratus, cepat-cepatlah letak jawatan dan beramb*s, beramb*s dari sukan angkat berat ni, buat kecoh apa semua," katanya kepada Majoriti.

Aniqq

Aniq (tengah) tidak dapat menahan sebak selepas gagal menyumbang pingat buat Malaysia. — Facebook/MSN

Hafifi yang pernah beraksi di temasya Olimpik Rio 2016 itu berkata, kegagalan Aniq meraih pingat dalam acara tersebut adalah berpunca daripada campur tangan Amirul yang menentukan berat yang cuba dilakukan Aniq.

"Tak boleh. Biar jurulatih yang buat keputusan. Dia dah kenapa nak tentukan jumlah bebanan Aniq, kena ingat kau pengurus bukan jurulatih.

"Jaga makan, jaga minum, jaga pakaian semua sudahlah, kau nak sibuk-sibuk dalam pertandingan kenapa pula.

"Jangan jadi pengurus kalau nak jadi jurulatih," ujarnya lagi.

Hafifi yang pernah merangkul emas di temasya Komanwel Glasgow 2014 itu turut mempersoalkan mengapa Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat tidak menggunakan khidmat jurulatih angkat berat negara, Yon Haryono dalam temasya berprestij itu.

"Kenapa presiden tak bawa coach Yon? Ke manakah coach Yon? Kenapa tak sambung kontrak dia? Mana dia pergi sekarang?," soalnya.

Menurut Hafifi, jurulatih kelahiran Indonesia itu merupakan individu penting yang lebih mengetahui mengenai tahap kecergasan Aniq yang digelar Badang Malaysia itu.

"Coach Yon ni antara individu penting dalam angkat berat, dia tahulah macam mana nak jaga Aniq ni, di bawah jagaan dia, Aniq berjaya raih emas dalam Sukan Komanwel 2022.

"Kenapa tak bawa coach Yon pergi Olimpik? Tapi sekarang ni saya tak salahkan jurulatih, ni salah 100 peratus dekat Amirul tu," dakwanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram