[VIDEO] DNA samba paling menjadi sepanjang musim Liga Super setakat ini


  • Podium
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Bergson dan Heberty mengetuai kecemerlangan pemain import Brazil lain musim ini.

SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) sudah masuk ke fasa kedua musim 2024-2025 selepas jendela perpindahan kedua Liga Super akan membuka tirainya pada penghujung bulan ini.

Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) antara dua pasukan yang sudah mengumumkan kemasukan pemain-pemain baharu meskipun jendela perpindahan masih belum buka.

Gergasi Merah membawa masuk penyerang sensasi Jordan, Ali Olwan manakala JDT membawa masuk tiga bintang baharu iaitu Enzo Lombardo, Park Jun-heong dan Christian Abad.

BACA LAGI: Selangor masih perlukan Ronnie Fernandez, tiada masalah sambar 3 mata dari KDN

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan

Kemasukan pemain baharu pastinya menambah bilangan pemain negara asing yang beraksi dalam Liga Super musim ini.

Namun timbul persoalan, negara pemain import manakah yang paling berjaya dalam Liga Super 2024-2025?

Dengan itu, menerusi semakan laman Transfermarkt, Majoriti senaraikan tiga buah negara pemain import yang menyerlah di Liga Super:

1. Brazil

Tidak boleh dinafikan lagi kemasukan pemain-pemain Brazil memberikan sesuatu yang baharu dalam Liga Malaysia sejak sekian lama lagi.

Malah sudah ada pemain Brazil yang menyarung jersi Harimau Malaya seperti Endrick dos Santos, Paulo Josue dan Guilherme de Paula.

Musim ini seramai 12 pemain Brazil beraksi dalam Liga Super dengan 18 jaringan sudah berjaya dicetak oleh bintang import negara itu.

Bintang JDT, Bergson da Silva dan Heberty Fernandes mengetuai import Brazil untuk mencetak jaringan gol dengan 10 jaringan jika digabungkan jumlah mereka berdua.

2. Argentina

Walaupun hanya mempunyai tiga wakil pemain dari Argentina, namun gandingan bintang negara kelahiran Lionel Messi ini telah memintas banyak negara lain.

Luciano Guaycochea (Perak) mengetuai pemain import Argentina lain dengan tiga jaringan gol dalam enam penampilan.

Manakala Manuel Hidalgo dan Stefano Brundo mencetak tiga jaringan dalam enam perlawanan terakhir bersama Sri Pahang.

3. Nigeria

Bekas penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun mengetuai rekod jaringan pemain import Nigeria dengan tiga gol dalam lima penampilan bersama PDRM FC.

Musim ini, sebanyak sembilan pemain Nigeria didaftarkan beraksi dalam Liga Super dengan PDRM antara penyumbang terbesar.

Walaupun mempunyai sembilan wakil dari Nigeria, rekod jaringan mereka sama dengan Argentina iaitu enam gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram