Pernah luah hasrat jadi 'head coach', Ramon Marcote mula cari kerja di LinkedIn


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Marcote pernah dilantik menjadi jurulatih Kedah pada musim 2017.

BEKAS ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ramon Marcote kini giat mencari pekerjaan baharu selepas meninggalkan Selangor pada musim lalu.

Pelbagai khabar angin mengaitkan jurulatih kelahiran Sepanyol itu dengan sebuah pasukan di Cyprus.

Namun laporan di laman Transfermarkt, masih mengekalkan Selangor sebagai pasukan terakhir yang pernah disertainya sebelum kontrak tamat pada penghujung musim.

BACA LAGI: Pestabola Merdeka 2024 mungkin sunyi, 3 Ultras negeri nekad boikot kejohanan FAM

BACA LAGI: Selangor masih perlukan Ronnie Fernandez, tiada masalah sambar 3 mata dari KDN

WhatsApp Image 2024-08-08 at 1.24.13 PM

Marcote sedang mencari kerja baharu di laman LinkedIn.

Menerusi laman LinkedIn, Marcote dikesan sedang giat mencari pekerjaan baharu bagi meneruskan kariernya di dalam bidang kejurulatihan.

"Saya sedang mencari pekerjaan dan amat menghargai sokongan. Saya mahu memulakan cabaran baharu yang membolehkan saya mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran saya.

"Saya berminat dengan peluang baharu sebaik-baiknya di Eropah, Timur Tengah, Jepun, China, Asia Selatan serta terbuka untuk meneroka cabaran baharu di tempat lain," katanya.

Sebelum ini, Marcote pernah bercakap kepada Majoriti bahawa impian utamanya ada untuk menjadu ketua jurulatih dan bukannya pembantu.

"Tidak pernah ada perbincangan untuk melanjutkan kontrak, kami berterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal.

"Impian utama saya adalah untuk menjadi ketua jurulatih, dan saya sentiasa mengusahakan impian itu," katanya.

2735072

Marcote musim lalu menyertai Selangor sebagai pembantu jurulatih Cheng Hoe.

Untuk rekod, Marcote pernah membimbing Kedah pada 2017 sebelum kembali ke Malaysia musim lalu sebagai pembantu jurulatih Tan Cheng Hoe bersama Selangor sehingga layak ke pentas Asia tahun ini.

Marcote pernah menjadi sebahagian daripada barisan jurulatih kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid dan Arab Saudi, Al-Hilal sebelum dilamar oleh pasukan Ethnikos sebagai ketua jurulatih pada 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram