Bintang Olimpik hoki Australia ditahan beli kokain di Paris


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Craig (kiri) dibebaskan pada petang Rabu tanpa sebarang pendakwaan dan tidak dikenakan denda.

SEORANG pemain hoki Australia mula membuka mulut selepas dia ditangkap membeli kokain di Paris.

Penyerang Kookaburras, Thomas Craig, 28, ditahan malam Selasa lalu di Pigalle, kawasan utara ibu negara Perancis, selepas polis melihatnya membeli dadah berdekatan sebuah bangunan.

Menurut laporan, Craig cuba melarikan diri daripada polis Perancis sebelum menyedari dia tidak boleh berbuat demikian.

BACA LAGI: Pernah luah hasrat jadi 'head coach', Ramon Marcote mula cari kerja di LinkedIn

BACA LAGI: Pestabola Merdeka 2024 mungkin sunyi, 3 Ultras negeri nekad boikot kejohanan FAM

Selepas bermalam dalam tahanan, Craig dibebaskan pada petang Rabu tanpa sebarang pendakwaan dan tidak dikenakan denda.

Dia membuat kenyataan ringkas sebelum meninggalkan balai polis dengan kenderaan yang disediakan Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC).

"Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku sepanjang 24 jam yang lalu. Saya melakukan kesilapan yang teruk dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan saya.

"Tindakan saya adalah diri saya sendiri dan sama sekali tidak mencerminkan nilai keluarga, rakan sepasukan, sukan disertai saya dan Jawatankuasa Olimpik Australia. Saya sudah memalukan anda semua dan saya benar-benar meminta maaf," katanya.

Siasatan terhadap Craig dijalankan oleh polis Briged Narkotik Paris.

Dalam satu kenyataan, AOC mengesahkan seorang pemain pasukan hoki Australia berada dalam tahanan polis selepas ditangkap di Paris pada 6 Ogos. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram