Tonggak Tok Gajah sedar perlu kejar keras lawan Sabah, OKS tidak mahu tewas lagi


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Brundo positif bahawa dia dan rakan sepasukan masih berada dalam momentum terbaik untuk menang ke atas Sabah. — Facebook/SriPahang

TONGGAK tengah Sri Pahang FC, Stefano Brundo merasakan sudah tiba masa untuk mereka lebih serius dalam memburu tiga mata penting dalam saingan Liga Super menjelang aksi berdepan Sabah FC di Stadium Temerloh dekat Temerloh, Pahang pada Jumaat.

Ini kerana kali terakhir Sri Pahang memenangi perlawanan adalah ketika menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada Mei lalu dan cukup penting untuk mereka kembali bangkit dalam aksi ketujuh Liga Super itu.

Meskipun mereka seri dalam dua perlawanan terdahulu, tetapi itu masih belum cukup untuk skuad kendalian Fandi Ahmad memperbaiki kedudukan liga apabila kini berada di tangga kesembilan.

BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah

BACA LAGI: Bintang Olimpik hoki Australia ditahan beli kokain di Paris

Bagaimanapun, Brundo positif bahawa dia dan rakan sepasukan masih berada dalam momentum terbaik dalam memastikan kelab tidak tercicir mata dan kini perlu bekerja lebih keras untuk menang ke atas Sabah.

"Tahap keyakinan itu masih ada dan walaupun seri dalam dua perlawanan terdahulu, tetapi itu adalah aksi yang cukup mencabar untuk kami berdepan kelab yang besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

"Ini membuktikan kami masih ada semangat yang tinggi untuk menampilkan persembahan yang lebih baik dan saya sendiri gembira apabila sekurang-kurangnya dapat jaringkan satu gol untuk kelab pada minggu lalu.

"Tetapi apa pun, malam esok (Jumaat) adalah misi yang cukup penting untuk kita berusaha sehabis baik bagi menewaskan Sabah," katanya memetik laporan dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

sabah fcc

Sang Badak kini berada di tangga keenam dalam saingan Liga Super. — Facebook/SabahFC

The Rhinos yang sebelum ini tewas 0-3 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC pastinya mendahagakan kemenangan untuk mereka kembali bangkit dengan skuad yang lebih kuat lagi ini.

Bagi pemain dari Argentina itu, kekalahan skuad Sang Badak tempoh hari tidak menjadi kelebihan kepada Sri Pahang untuk mereka memandang rendah keupayaan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee ini.

“Saya percaya Sabah hadir ke Temerloh kali ini untuk beraksi di tahap yang tertinggi kerana sudah tentu mereka tidak ingin tewas lagi.

“Saya tahu kelebihan yang ada pada pemain-pemain Sabah tetapi ini adalah Sri Pahang dan kita tidak akan biarkan mereka menguasai perlawanan kali ini," tambahnya.

Selain aksi antara Sri Pahang dan Sabah FC, satu lagi perlawanan yang turut berlangsung pada Jumaat adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram