[VIDEO] Pecah rekod kebangsaan dan peribadi, Azizulhasni-Shah Firdaus gagal ke suku akhir acara pecut


  • Podium
  • Khamis, 08 Ogos 2024

Azizulhasni mara ke pusingan suku akhir acara pecut lelaki, manakala Shah Firdaus terkandas di pusingan 1/32 Repechage.

DUA pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom gagal mara ke suku akhir acara pecut lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome pada Rabu.

Terdahulu, Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu apabila mencatatkan masa 9.402 saat dalam sesi kelayakan pada Rabu.

Selepas ini, Azizulhasni akan fokus acara kegemarannya iaitu keirin pada Sabtu. Beliau memenangi perak pada edisi terdahulu di Tokyo, Jepun.

BACA LAGI: Semua pemain kena bangkit, bukan mudah Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik buru emas Olimpik 2028 — Rashid Sidek

BACA LAGI: Cools, Mat Yo boleh jadi 'par' bintang JDT berkelana di bumi Gajah Perang

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sharom terpaksa bersaing dalam pusingan repechage apabila tewas kepada Mikhail Iakovlev pada pusingan pertama.

Begitupun, Shah Firdaus gagal mara ke pusingan seterusnya selepas mendapat tempat kedua kerana hanya juara layak ke pusingan 1/16 Repechage.

Sebelum itu, Shah Firdaus menduduki tempat ke-22 dengan catatan masa 9.635 saat untuk mara ke pusingan pertama 1/32. Ia merupakan rekod peribadi terbaik pelumba itu dalam acara pecut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram