PENYERANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney membuat kejutan apabila diumumkan sebagai bintang baharu kelab Liga 2 Thailand, Chonburi FC bagi membantu memperkasakan lagi jentera serangan pasukan itu.
Perpindahan Tierney ke Thailand antara berita yang tidak dijangka penyokong susulan tiada khabar angin mengaitkan penghijrahan pemain JDT II itu ke mana-mana pasukan sehinggalah Tierney dilihat menghadiri majlis pengenalan pemain baharu Chonburi pada Jumaat lalu.
Nama Tierney bukan lagi suatu yang asing buat para peminat bola sepak tempatan, selepas dia menyerlah buat JDT II di kejohanan Piala MFL sehingga akhirnya berhasil memikat kem skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara.
BACA LAGI: JDT berputih mata, Forestieri jadi rebutan kelab Timur Tengah
BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah
Tierney diumumkan sebagai bintang baharu kelab Liga 2 Thailand, Chonburi FC. — Facebook/JDT
Menariknya, baru sahaja seminggu bersama Chonburi, Tierney membuktikan dia merupakan seorang penyudah yang tajam apabila membuka akaun jaringan ketika aksi persahabatan berdepan VRN Muangnont.
Justeru, Tierney perlu menjadikan beberapa pemain Malaysia sebagai contoh untuk lebih cemerlang di bumi Gajah Putih itu.
Majoriti menyenaraikan dua pemain Malaysia yang pernah berkelana dan tampil cemerlang bersama kelab di Thailand sebelum ini.
Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools yang sering menjadi kesebelasan utama pasukan tersebut. — Instagram/djcools21
Dion Cools
Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools menampilkan prestasi cemerlang dalam Liga Thailand apabila membantu kelabnya, Buriram United muncul juara Piala Liga Thai selepas menewaskan BG Pathum United, 2-0 musim lalu.
Sejak menyertai skuad Thunder Castle pada 2022, Cools sudah menempah pelbagai kejayaan dengan menjulang trofi Thai League 1 sebanyak dua kali, Piala Liga Thai sekali dan Piala FA Thai pada musim lepas.
Cools sentiasa diberi kepercayaan apabila sering menjadi kesebelasan utama dalam skuad sejak dia menyertai kelab tersebut.
Pertahanan kental Harimau Malaya itu memainkan peranan penting dalam pertahanan dan juga menyumbang kepada serangan dari sayap.
Matyo pernah berkelana ke Thailand untuk beraksi bersama BG Pathum United FC. — Agensi
Norshahrul Idlan Talaha
Bekas pemain Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha pernah menjadi seorang penyerang cukup digeruni dengan kualitinya di hadapan pintu gol jarang mengecewakan.
Norshahrul Idlan Talaha dikenali sebagai seorang penyerang berbakat dan merupakan salah seorang pemain Malaysia yang berjaya dalam liga bola sepak Thailand.
Norshahrul Idlan Talaha atau mesra dengan panggilan Matyo itu mempunyai rekod yang baik bermain di Liga Thailand.
Kejayaan Matyo bersama BG Pathum United FC nyata mencipta sejarah tersendiri bagi pemain berusia 38 tahun itu apabila dia menjadi pemain kelahiran Malaysia yang memenangi kejuaraan liga divisyen pertama luar negara.
Untuk rekod, BG Pathum United dinobatkan selaku juara saingan Thai League 1 2020/2021 selepas mencatatkan 66 mata dengan baki enam perlawanan tanpa mampu dikejar oleh pencabar terdekat seperti Buriram United dan Port FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram