[VIDEO] Rasa bangga lihat 'fighting spirit', berjuta-juta fans ikut sorak beri sokongan kepada Zii Jia


  • Podium
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Zii Jia bangkit dari ketinggalan satu set untuk memenangi aksi penentuan pingat gangsa. — MOM

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mengukir senyuman buat rakyat Malaysia apabila meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena pada Isnin.

Pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini.

Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo di mana dia berjaya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

BACA LAGI: JDT berputih mata, Forestieri jadi rebutan kelab Timur Tengah

BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah

Persembahan Zii Jia itu diterima baik oleh majoriti penyokong sukan tempatan terutamanya lepas kempen mengecewakan semasa Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Meskipun sudah berhempas pulas untuk berjaya meraih pingat gangsa namun terdapat juga suara-suara sumbang yang mengkritik pencapaian Zii Jia dalam sukan tersebut.

Bagaimanapun, tanggapan tersebut disangkal oleh rakyat Malaysia yang lebih menghargai kerja keras dan pencapaian Zii Jia.

Ia dapat dilihat menerusi satu perkongsian video di laman Tik Tok yang memaparkan ramai rakyat Malaysia menghargai perjuangan Zii Jia di pentas dunia itu.

Menerusi video tersebut, sekumpulan anak muda dilihat merekodkan detik-detik kemenangan Zii Jia.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tanah air meluahkan perasaan bangga dengan pencapaian Zii JI

"Tolonglah bagi Lee Zii Jia, tengok video ni supaya dia tahu ramai sangat yang appreciate dia dan bangga dengan dia," kata @TT.

"Lee Zii Jia must see this, how Malaysian proud of you," kata @star.

"Kalau Lee Zii Jia tengok video ni mesti dia bangga kan ramai orang Malaysia support dia," kata @amnifira. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram