MFL umum harga tiket final Piala FA 2024


  • Podium
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Perlawanan akhir Piala FA itu akan mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan empat kategori harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 24 Ogos nanti.

Perlawanan akhir Piala FA itu akan mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Selangor FC.

Dengan harga serendah RM50, penyokong tanah air sudah boleh menikmati secara langsung pertembungan hebat kedua-dua pasukan gergasi tanah air berkenaan.

BACA LAGI: JDT berputih mata, Forestieri jadi rebutan kelab Timur Tengah

BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup

MFL

Harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2024. — Facebook/MFL

Kedua-dua pasukan akan diberi agihan tiket sama rata untuk dijual kepada penyokong masing-masing.

“MFL menyediakan empat kategori tiket untuk diagihkan secara sama rata kepada pasukan finalis dengan harga tiket serendah RM50 dan RM70 bagi tiket General Admission, RM150 tiket Piala FA Premium dan RM200 tiket Piala FA VIP Grandstand.

"Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong-penyokong dengan sistematik dan sama rata.

"Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat," katanya di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram