MENJELANG jendela perpindahan kedua liga, penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Fernando Forestieri dikabarkan sekali lagi akan meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Selatan itu.
Difahamkan, mesin gol kelahiran Argentina itu kini menjadi rebutan beberapa kelab di Timur Tengah.
Ia dianggap benar selepas pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran berkongsikan perkara tersebut di laman X.
BACA LAGI: Sudah patut kemas beg, ramai fans Kedah samakan Milos Gordic dengan import Gergasi Merah
BACA LAGI: Bukan kerambit tapi gunting, pemain samseng mungkin disaman, digantung seumur hidup
Penyerang berbisa Harimau Selatan, Forestieri dikhabarkan akan meninggalkan JDT. — Facebook/JDT
Menurut perkembangan terkini, pemain kelahiran Itali berusia 34 tahun itu dalam radar kelab di Timur Tengah setelah hampir tiga tahun bersama pasukan Harimau Selatan.
“Penyerang JDT, Fernando Forestieri kini sedang dipantau oleh beberapa kelab di Timur Tengah,” tulisnya di laman X.
Meskipun begitu, belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan khabar angin perpindahan tersebut daripada pihak kelab mahupun pemain.
Bersama JDT, bekas penyerang Udinese itu menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan yang berjaya mengekalkan kejuaraan domestik bagi dua tahun berturut-turut.
Forestieri kini menjadi rebutan kelab Timur Tengah. — Facebook/JDT
Pada awal Januari lalu, penyerang kelahiran Argentina berkenaan disahkan tidak berada dalam perancangan Harimau Selatan sehingga menyebabkan ramai penyokong sukar untuk menerima hakikat.
Seakan-akan mendengar rintihan penyokong, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akhirnya membuat keputusan semula membawa semula Forestieri yang mana merupakan watak utama memenangi double quadruple pada 2022 dan 2023.
Pemain berusia 34 tahun itu menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT dan nampaknya rekod berkenaan akan terus bertambah pada saingan musim baharu ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram