Impian emas Aaron Chia-Wooi Yik 'terkubur' di tangan pasangan beregu China


  • Podium
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik menentang pemain China, Liang Weikeng dan Wang Chang semasa separuh akhir badminton beregu lelaki di Sukan Olimpik di Paris, Perancis. - AP

HASRAT beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Wooi Yik, untuk mara ke final Sukan Olimpik Paris terpaksa dilupakan selepas mereka tewas kepada pasangan beregu dari China dengan keputusan 19-21, 21-15, 17-21 pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik yang menunjukkan prestasi cemerlang ketika menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia, terpaksa akur tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi separuh akhir.

Itu adalah pertemuan kedua mereka dalam tempoh kurang seminggu selepas bertanding dalam peringkat kumpulan A, di mana pasangan nombor satu dunia tersebut menang dengan skor 24-22, 21-14.

BACA LAGI: Beregu wanita bikin pasangan No 1 dunia berpeluh, gandingan lelaki mula langkah kanan tumpaskan Great Britain

BACA LAGI: Paris 2024: 'Debut' pengantin baharu buka langkah kemenangan Malaysia di gelanggang badminton

Pasangan negara mendapat rentak pada set pertama namun ia serba tidak menjadi hingga ketinggalan dua mata yang sekali gus membawa kepada keputusan 19-21.

Mereka seterusnya bangkit pada perlawanan kedua dengan corak serangan yang lebih kemas sekali gus menggoyahkan pasangan China dengan meninggalkan mereka lima mata ke belakang, 21-15.

Dalam perlawanan penentuan, Aaron-Wooi Yik cuba bangkit menggagalkan usaha regu China untuk mara ke peringkat akhir, namun semangat regu China itu nyata tidak mudah dipatahkan di sebalik tentangan sengit oleh Aaron-Wooi Yik sebelum mereka memuktamadkan keputusan 21-17.

Walaupun impian untuk memperoleh pingat emas terkubur, namun pasangan itu berpeluang memenangi gangsa kedua apabila menentang juara bertahan Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin atau pemain nombor dua dunia, Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam perlawanan pingat gangsa pada hari Sabtu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram