BINTANG badminton perseorangan negara tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke saingan suku akhir apabila menewaskan pemain ke-62 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian dengan keputusan 21-10, 21-13 dalam masa 34-minit.
Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G dekat Porte de La Chapelle Arena di Paris, Perancis pada Khamis itu menyaksikan Zii Jia tidak berhadapan banyak masalah daripada pemain berusia 39 tahun dari Sepanyol itu.
Keputusan tidak memihak kepada atlet tertua dalam sukan badminton itu menyaksikan Abian tidak dapat merealisasikan impiannya untuk meraih sebarang pingat dalam penampilan kelimanya di Sukan Olimpik pada tahun ini.
BACA LAGI: Rasa sakit tak halang Goh Jin Wei tampil semangat berlawan sebelum tumbang
BACA LAGI: 'Tangan saya kaku', Goh Jin Wei gembira atasi gementar raih kemenangan pertama
Untuk rekod, Abian sebelum ini mempunyai sejarah tersendiri dengan beberapa bekas pemain badminton tanah air apabila pernah menumbangkan bekas pemain Malaysia, Hafiz Hashim, Wong Choong Hann, dan kemudiannya Chong Wei Feng dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Dalam pada itu, pemain berkedudukan ketujuh dunia seterusnya akan menentang sama ada pemain nombor 9 dunia Indonesia Anthony Ginting atau pemain Perancis Toma Popov pada Khamis untuk tempat ke suku akhir.
Abian sebelumnya berimpian untuk menewaskan pemain perseorangan negara, Zii Jia pada Rabu. — Agensi
Zii Jia menyasarkan penampilan yang lebih baik dalam penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas tewas dalam pusingan 16 terakhir kepada pemain China, Chen Long dalam penampilan sulungnya pada 2021.
"Saya telah memasuki peringkat 16 terakhir dalam Olimpik sekali lagi. Semoga saya akan mendapat keputusan yang lebih baik dalam Olimpik ini.
"Pablo (39 tahun) memberi saya banyak tekanan pada permulaan permainan tetapi saya masih berjaya mengendalikannya dengan baik," kata Zii Jia dalam temu bual selepas perlawanan bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF). — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram