Bukan Manuel Ott atau Marin Pilj, fans TFC pilih bekas jeneral HM kemudi barisan tengah Sang Penyu


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Terengganu akan melayani kunjungan NSFC dalam aksi Liga Super pada Selasa.

PENYOKONG Terengganu FC (TFC) menyeru agar pasukan kesayangan mereka bangkit daripada kekalahan 0-4 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat lalu (26 Julai).

Kekalahan di tangan JDT itu juga mencalarkan rekod empat perlawanan tanpa tewas Sang Penyu dalam saingan Liga Super musim ini.

Dalam perlawanan itu, Bergson da Silva berjaya merekodkan hatrik pertamanya musim ini disusuli dengan jaringan Heberty Fernandes.

BACA LAGI: Bekas anak didik Steven Gerrard dikaitkan dengan kelab Lembah Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Import baharu JDT pernah beraksi dengan anak Zinedine Zidane, ex bintang Kelantan

Selepas tewas dengan jaringan yang besar, penyokong TFC mahu anak-anak buah Tomislav Steinbruckner segera bangkit menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super pada Selasa.

Namun dalam merealisasikan impian itu, pemain ke-12 Sang Penyu berharap bintang baharu mereka, Muhammad Akram Mahinan dapat diturunkan dalam perlawanan menentang NSFC selepas beraksi baik ketika lawan JDT.

"Akram (Mahinan) dah boleh masuk dulu (kesebelasan utama)," ujar Aiman Rashid.

"Kena bagi Akram main dulu, barulah kemas permainan Terengganu," luah Mohdnor Hafiz.

"Kalau boleh nak tengok Akram duduk dalam dulu, Ott (Manuel) cuba simpanan," kata Titan Troopers.

"Sokong Akram main kesebelasan utama lawan Negeri Sembilan," jelas Mohd Akmal.

Sang Penyu dalam misi untuk mendapatkan rentak kemenangan semula sebelum menghadapi cabaran sebenar menentang Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA hujung minggu ini.

Dalam pada itu, Tomislav akan kehilangan bek utama pasukan, Ubaidullah Shamsul susulan layangan kad merah selepas menjatuhkan Bergson dalam kotak penalti ketika perlawanan menentang JDT. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram