'Kita ada top scorer AFF B-19, kenapa kena harapkan import', fans Penang berang aksi hambar Rodrigo Dias


  • Podium
  • Isnin, 29 Jul 2024

Alif Ikmalrizal (kiri) pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala AFF B-23 pada tahun lalu.

PENYOKONG Penang FC tidak lagi boleh menyembunyikan perasaan kecewa mereka selepas aksi hambar yang dipamerkan pemain import Harimau Kumbang, Rodrigo Dias dalam aksi menentang Selangor FC baru-baru ini.

Dalam enam perlawanan Liga Super, Dias hanya berjaya menjaringkan satu gol sejak mewakili Harimau Kumbang awal musim ini.

Ini menambah kebimbangan penyokong Penang, selepas Harimau Kumbang hanya merekodkan satu kemenangan dalam enam aksi terakhir Liga Super.

BACA LAGI: [VIDEO] Import baharu JDT pernah beraksi dengan anak Zinedine Zidane, ex bintang Kelantan

BACA LAGI: Bekas anak didik Steven Gerrard dikaitkan dengan kelab Lembah Klang

Dengan jendela perpindahan kedua yang akan dibuka minggu depan, penyokong mahu pihak pengurusan segera melakukan perubahan bagi menambah baik barisan serangan Harimau Kumbang.

Penyokong juga berharap pengendali semasa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dapat menurunkan pemain muda, Muhammad Alif Ikmalrizal dengan rekod yang pernah dibawa oleh penyerang Bawah-23 Tahun (B-23).

“Apa yang Dias buat takkan Akmal tak nampak, bukan kita tak ada penyerang muda Alif Ikmalrizal. Kena ingat Alif pernah jadi penjaring terbanyak Piala AFF B-23.

“Sekurang-kurangnya Syamer (Kutty Abba), Nik Akif ada idea untuk ‘pair’ dengan Alif Ikmalrizal,” kata M. Asyraf Azmi.

“Rodrigo tak ada fungsi langsung atas padang,” jelas Fadly Ahmad.

“Pemain nombor sembilan itu kena buang ambil yang lain tak ada bantuan dari dia, habis rosak pasukan kalau dia masih ada,” ujar Faris Eina.

Untuk rekod Penang akan bertemu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram