SEORANG pelajar di sebuah sekolah menengah kebangsaan Iskandar Puteri, Johor, cedera selepas diserang monyet yang menceroboh kawasan sekolah berkenaan.
Pelajar yang berusia 13 tahun itu kemudian dikejarkan ke klinik berdekatan oleh penjaga pelajar berkenaan untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sebuah jentera bersama tujuh anggota dari balai Iskandar Puteri diketuai pegawai bomba kanan dua, Ishak Noh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 12.10 tengahari Jumaat.
BACA LAGI: Diploma Pengajian Perniagaan, Sijil Kulinari antara pilihan popular ke Politeknik 2024/2025
BACA LAGI: Kabinet pertimbang amalan lama sekolah vernakular terima sumbangan, anjur program
Katanya, anggota yang tiba dilokasi kemudian berjaya menangkap haiwan liar berkenaan.
"Selepas menyerang budak lelaki berusia 13 tahun itu, monyet tersebut cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan sekolah dan pagar tangga.
“Haiwan terbabit kemudian diserahkan kepada pihak jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” jelasnya. — The Star/ZAZALI MUSA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram