Faisal sentiasa dekat dengan team, bawa 'positive vibe' — Nidzam Jamil


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Kepulangan Faisal ke kem Selangor FC amat dinanti-nantikan penyokong skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC

SELEPAS kira-kira tiga bulan daripada tragedi simbahan asid, Faisal Halim masih belum dapat kembali ke atas padang, baik untuk negara mahupun untuk pasukannya, Selangor FC.

Dia yang menjalani rawatan untuk tempoh kira-kira sebulan masih berada dalam proses rehabilitasi dengan pelbagai pihak terus giat membantu wira negara berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ini, terdapat khabar angin mengatakan pemain sayap berkenaan sudah semakin hampir kembali untuk beraksi buat skuad Gergasi Merah.

BACA LAGI: Tukar nama jadi pasukan borak kencang,' 2 bintang karam bersama Selangor FC

BACA LAGI: Alvin Fortes akhirnya 'pecah telur', Selangor pesta gol di MBPJ

452930843_1010362754428786_6147878768362478655_n

Nidzam mengakui impak positif yang dibawa Faisal Halim dalam pasukan.

Ini selepas Faisal memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya memaparkan beberapa keping fotonya menyarung jersi Selangor FC sebelum serangan itu berlaku pada Mei lalu.

Kepulangannya sudah tentu amat dinanti-nantikan penyokong kelab Lembah Klang itu untuk menyaksikannya berganding di samping Alvin Fortes dan Ronnie Fernandez di bahagian serangan.

Tetapi, bagi pengendali pasukan, Nidzam Jamil, tarikh kepulangan Faisal masih belum dapat diputuskan seperti mana sering diuar-uarkan di media sosial.

"Dia selalu bersama dengan kita. Saya suka dia ada sekitar bersama pasukan kerana dia ada perasaan positif kepada pemain lain. Jadi, apabila dia ada, semua berasa gembira," katanya.

Selangor FC Press conference on Faisal Halim at Selangor FC Training Centre, Shah Alam. — FAIHAN GHANI/The Star

Keadaan Faisal Halim masih belum cukup mengizinkannya untuk kembali ke atas padang.

Kenyataan itu dikeluarkan pengendali Selangor FC tersebut selepas aksi Liga Super antara pasukan itu dengan Penang FC di Stadium MBPJ, Selangor pada Sabtu.

Dalam perlawanan berkenaan, skuad Gergasi Merah meraih kemenangan 4-1 dengan gol tuan rumah disumbangkan Mukhairi Ajmal, Yohandry Orozco, Fortes dan Quentin Cheng sementara gol skuad Harimau Kumbang dijaringkan Rafael Vitor.

Kebelakangan ini, Faisal sering tampil di khalayak, lebih-lebih lagi ketika Selangor FC beraksi di laman sendiri sejak beberapa bulan lalu.

Tetapi, keadaan kesihatannya masih belum berada di tahap terbaik, terutamanya di tangan kiri yang masih dilitupi setiap kali dia berada di tatapan umum.

Selepas ini, skuad Gergasi Merah akan berdepan Sri Pahang FC dalam pertembungan Liga Super di Stadium Temerloh, Pahang pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram