'Tukar nama jadi pasukan borak kencang,' 2 bintang karam bersama Selangor FC


  • Podium
  • Selasa, 30 Ogos 2022

Pasukan Selangor FC bakal berhadapan cabaran sukar menentang JDT pada Sabtu ini.

LIMA episod kekalahan berturut-turut dalam semua perlawanan Selangor FC musim ini membuatkan penyokong tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap skuad Gergasi Merah.

Bagi mereka, aspek yang mampu dibanggakan mengenai pasukan Gergasi Merah hanyalah sejarahnya sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali.

Lebih menyedihkan, dua bintang dalam pembikinan yang pernah menyerlah pada suatu ketika dahulu kini turut sama karam bersama skuad Merah Kuning.

Salah seorang permain itu adalah Danial Asri yang pernah muncul sebagai pemain di posisi penyerang yang digeruni sewaktu bersama Selangor FC II.

Sementara itu, seorang lagi pemain iaitu Shahrel Fikri pernah muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan dalam saingan Liga Super musim 2020 di mana beliau berjaya menjaringkan 10 gol.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui Selangor memerlukan sesuatu yang baharu untuk mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Menurut laporan daripada New Straits Times, kontrak bekas ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner akan tamat pada tahun ini namun pengurusan Selangor FC tidak berminat untuk melanjutkan khidmatnya.

Susulan itu, Nidzam Jamil akan terus melatih Selangor sehingga tamat musim ini dan prestasinya juga sedang dinilaikan oleh pihak pengurusan.

Johan akhirnya bersuara setelah mengambil pendekatan kunci mulut sebelum ini. Bernama

Setakat ini, Nidzam yang dibantu seorang lagi jurulatih dari Jerman, Karsten Neitzel belum lagi dapat mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap Selangor FC apabila tewas pada dua perlawanan terakhir.

Jalizali Jamari berkata: "Sebenarnya bukan DNA Jerman tapi DNA pengurusan yang perlu kena tukar."

"Pasukan Selangor patut tukar nama kepada Pasukan Borak Kencang," sambung Odz Zapatos.

"Tak payah cakap pun semua orang tahu, tiap -tiap musim semua pasukan berwajah baru. Juara liganya sahaja tetap sama setiap musim," kata Fairol Faisal.

Syauqi Shafiai menambah: "Kesian jurulatih Nidzam dijadikan seperti kambing hitam, jurulatih Neitzel yang jauh lebih berkelayakan jadi pembantu."

Dalam pada itu, tugas sukar sedang menanti pasukan Selangor apabila dijadualkan menentang juara bertahan dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium MBPJ pada Sabtu ini.

Untuk rekod, Gergasi Merah belum memenangi kejuaraan sejak kejayaan Piala Malaysia 2015 di bawah bimbingan jurulatih ketika itu Mehmet Durakovic. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram