Bukan bek Korea Selatan, JDT rupanya intai pertahanan Palestin hadapi ACLE


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Jun-heong dikhabarkan akan sertai JDT selepas kontraknya bersama Ratchaburi tamat. — Agensi

KELAB Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dilaporkan akan membawa pemain baharu bagi menguatkan skuad mereka.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu sebelum ini dilaporkan akan membawa pemain dari Korea Selatan iaitu Park Jun-heong yang beraksi di kelab Thailand, Ratchaburi FC.

Melihat kepada Transfermarkt, kontrak import Korea itu akan tamat pada 30 Jun 2024, sekali gus memberi peluang kepada JDT untuk menyambar khidmatnya pada jendela perpindahan kedua nanti.

BACA LAGI: Lepas hilang Safawi-Akhyar, Terengganu mungkin terpaksa lupakan khidmat bek muda

BACA LAGI: Susah nak puaskan hati semua orang, fans Sang Kenari sepakat lebih baik GTR Burger undur diri

Yaser..

Pemain berdarah kacukan Sepanyol-Palestin, Yaser Hamed. Agensi

Meskipun begitu, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh JDT mengenai pengambilan import Korea Selatan itu.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain import difahamkan bakal melengkapkan perpindahan ke Harimau Selatan dalam masa terdekat.

Khabar angin tersebut bertebaran di media sosial apabila seorang pemain berdarah kacukan Sepanyol-Palestin dikatakan semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama JDT.

Perkara tersebut dianggap benar selepas Johor Gazette berkongsikan perkara itu di laman Facebook.

"Bukan Jun-Heong tapi Yaser Hamed? Perghh padu! Usia baru 26 tahun.

"Di sebalik cerita risiko digantung sertai ACL, cerita rumours rekrut-rekrut baharu JDT pula semakin rancak menjadi-jadi. Mantap!," tulisnya.

YH

Yaser Hamed difahamkan antara wajah baharu skuad Harimau Selatan. Agensi

Difahamkan, Yaser Hamed yang berketinggian 1.88 meter itu merupakan pemain kebangsaan Palestin.

Peluang Harimau Selatan untuk mengikat pemain berdarah Sepanyol itu pastinya cerah kerana melihat kepada Transfermarkt, pertahanan tengah itu kini berstatus sebagai ejen bebas.

Dalam pada itu, melihat kepada ruangan komen, ramai penyokong Harimau Selatan bersetuju dengan pengambilan import Palestin berkenaan.

"Kalau betul cantik, national player Palestin, kita akan lebih rapat dengan cerita-cerita di Palestin," kata Sanat Alpha.

"Kalau Palestin, memang orang sana berbakat walaupun tengah perang, tidak boleh dinafikan," kata Cyrul Ariff.

"Palestin pun ramai pemain, mereka bagus-bagus," kata TwoSeven Rejab Al Murajab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram