Susah nak puaskan hati semua orang, fans Sang Kenari sepakat lebih baik GTR Burger undur diri


  • Podium
  • Khamis, 25 Jul 2024

Kerjasama GTR Burger bersama Sang Kenari sebagai rakan rasmi cuma bertahan selama dua bulan. — Facebook/GTR Burger

PADA Rabu, penyokong tanah air dikejutkan dengan khabar kurang gembira selepas rakan strategik Kedah Darul Aman (KDA) FC, GTR Burger mengumumkan menarik diri daripada menjalin kerjasama dengan pasukan tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pemilik syarikat, Nordin Mat menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi pada Rabu.

Pada Mei lalu, GTR Burger memeterai kerjasama dengan Sang Kenari sebagai rakan rasmi kategori makanan dan minuman.

BACA LAGI: Arif Aiman anggap lilitan kapten bukan beban, akui jentera serangan JDT perlu lebih tajam

BACA LAGI: Hadiah hari jadi paling bermakna — Winnie Ng

GTR Burger..

Pihak GTR Burger yang bertemu dengan Mohd Daud (kanan). — Facebook/GTR Burger

Menerusi kerjasama tersebut, GTR Burger menyediakan hidangan burger mereka pada setiap hari perlawanan di Stadium Darul Aman, Kedah.

"Salam buat semua penyokong KDA FC yang saya hormati. Saya telah menemui pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan memaklumkan GTR Burger akan menarik diri sebagai rakan strategik KDA FC mulai hari ini (Rabu).

"Saya juga memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan KDA FC akan terus maju jaya pada masa hadapan," tulisnya Facebook.

Walau bagaimanapun, Nordin tidak menyatakan sebarang punca daripada penarikan tersebut.

Susulan pengumuman tersebut, ramai penyokong Sang Kenari dilihat bersetuju dengan pengunduran diri syarikat tersebut.

"Susah nak puaskan hati semua orang, undur diri lebih baik, terbaik GTR Burger," kata Aidil Fikri.

"Terima kasih, sempat beli empat kali GTR Burger dekat stadium, kotak pun duk simpan lagi sebab lawa, sayang nak buang, semoga perniagaan lebih bertambah maju jaya amin," kata Akmal Solihin.

"Nak tunggu apa lagi, lebih baik undur diri," kata Somchai Vatana.

Sebelum ini, kualiti hidangan GTR Burger menerima kritikan hebat daripada penonton ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2024 dalam aksi KDA FC bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram