Rangkul juara kumpulan Laola Cup, SMK TATAR harumkan nama Malaysia dan Kedah di bumi Jerman


  • Podium
  • Rabu, 24 Jul 2024

Kedah adalah wakil pertama Malaysia yang mengambil bahagian dalam kejohanan Laola Cup.

KEDAH salah satu negeri yang dikenali banyak melahirkan pemain berbakat dalam bola sepak tanah air dengan kualiti sesetengah bintang mereka sudah mula dipantau dari bangku sekolah lagi.

Misi untuk terus mencari permata baharu seperti Akhyar Rashid, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan pelbagai besar lain masih diteruskan apabila negeri Jelapang Padi itu aktif mengikuti kejohanan antarabangsa.

Misalnya, sebuah pasukan bola sepak dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR) dekat Jitra, Kedah kini difahamkan sedang mencipta nama di bumi Jerman bagi kejohanan Laola Cup.

BACA LAGI: Siapa cepat dia dapat', 3 kelab 'tumpul' boleh sambar Lucas Silva bulan depan

BACA LAGI: Lucas Silva cedera sebelum debut, fans Tok Gajah risau badi kembali hantui 'top scorer'

SMK TATAR difahamkan menjadi satu-satunya wakil Malaysia bagi kejohanan Laola Cup di Hamburg itu dengan sekolah berkenaan akan beradu kekuatan menentang wakil Turkemenistan, Sweden dan China dalam Kumpulan B.

Wakil tunggal tanah air yang diwakil pemain bawah 15 tahun itu sudah mula mengharumkan nama Malaysia apabila meraih keputusan menang 3-1 ke atas Altyn Tach dari Turkemenistan untuk perlawanan pertama.

Rentak kemenangan Kedah diteruskan dengan meraih keputusan 2-0 ke atas pasukan Olands Komb (Sweden) dan kini difahamkan sudah berhasil lolos ke pusingan suku akhir susulan kemenangan 4-1 menentang Aksil FC dari China.

Tiga kemenangan berterusan bagi saingan kumpulan itu menyaksikan sekolah sukan berkenaan mengungguli carta dengan memungut sembilan mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

lao lao

Kedah menghuni tangga teratas Laola Cup dengan memungut enam mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kejohanan Laola Cup di Hamburg, Jerman bertujuan untuk menyediakan platform kompetitif bagi pasukan bola sepak dari seluruh dunia termasuk Malaysia, untuk bersaing dan menimba pengalaman berharga di pentas antarabangsa.

Jika perjalanan Kedah sehingga ke pusingan akhir, pasukan itu difahamkan akan bermain dengan 200 pasukan dari pelbagai negara selama empat hari berturut-turut dengan tiga hari pertama sebanyak 18 perlawanan perlu ditempuh. Kejohanan itu berlangsung dari 22 hingga 27 Julai.

Laola Cup telah dianjurkan selama enam tahun berturut-turut di Hamburg, Jerman dan Kedah adalah wakil pertama Malaysia yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Ia merupakan kejohanan terbesar peringkat remaja yang diadakan di Jerman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram