Gigit jari atau tidur lena? Penang FC terlepas sain penyerang 'kesayangan' penyokong


  • Podium
  • Selasa, 23 Jul 2024

Lucas Silva membawa impak cukup baik buat skuad Harimau Kumbang meskipun beraksi untuk tempoh yang pendek. — Facebook/Penang FC

MUSIM ini, Penang FC berdepan masalah dari segi jentera serangan apabila mereka hanya merekodkan tiga gol selepas lima aksi Liga Super.

Isu tersebut boleh dikatakan berpunca daripada kualiti penyerang import, Rodrigo Dias yang masih belum membawa sebarang pulangan setakat ini.

Malah, tempatnya juga kemungkinan akan hilang kepada anak muda tempatan, Alif Ikmalrizal yang sudah meledak gol ketika bertemu Perak FC dalam Liga Super.

BACA LAGI: Siapa cepat dia dapat', 3 kelab 'tumpul' boleh sambar Lucas Silva bulan depan

BACA LAGI: Lucas Silva cedera sebelum debut, fans Tok Gajah risau badi kembali hantui 'top scorer'

2778528

Lucas (kanan) menyertai skuad Tok Gajah selepas meninggalkan Penang FC. Facebook/Sri Pahang FC

Jadi, dalam menyelesaikan masalah ketumpulan pasukan, skuad Harimau Kumbang dicadang membawa kembali bekas penyerang import, Lucas Silva yang beraksi untuk semusim buat pasukan itu.

Bagaimanapun, sumbangannya adalah amat memberangsangkan apabila menghasilkan 11 gol dalam 15 penampilan dengan impak itu amat membantu kelab Utara tanah air tersebut.

Tetapi, pada penghujung musim 2022, Penang FC memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya yang sekali gus menyaksikan pemain berkenaan berhijrah ke Sri Pahang FC.

Tempohnya bersama kelab Pantai Timur itu juga tidak berpanjangan apabila dia meninggalkan skuad Tok Gajah pada pertengahan musim berikutan masalah kecederaan dan prestasi.

WhatsApp Image 2024-07-23 at 5.15.31 PM

Lucas Silva berkongsi masa depannya bersama kelab Hong Kong tersebut.

Oleh itu, harapan mula dipasang penyokong skuad Harimau Kumbang mula menaruh harapan untuk menyaksikan kepulangan Lucas Silva dalam pasukan.

Namun, cita-cita berkenaan tidak kesampaian selepas baru-baru ini, pemain berusia 34 tahun tersebut sah menyertai kelab Hong Kong, Tai Po.

Perpindahan itu dikongsikan Lucas Silva di Instagram peribadinya pada Jumaat memaparkannya bersama beberapa wakil pasukan tersebut ketika sesi menandatangani.

Difahamkan, kontrak pemain kelahiran Brazil berkenaan akan berakhir pada 2026 dengan Tai Po kini beraksi di divisyen teratas negara Asia tersebut.

Kegagalan mendapatkan Lucas Silva akan mendesak Penang FC mencari alternatif lain dengan pengendali, Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut berhasrat membawa masuk seorang penyerang baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram