Atlet Paralimpik berhak terima ganjaran sama rata jika bawa pulang emas


  • Podium
  • Ahad, 21 Jul 2024

Atlet Paralimpik Malaysia yang mempunyai hak sama rata dalam menerima ganjaran sekiranya membawa pulang pingat emas.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berharap bawa ganjaran yang ditawarkan syarikat swasta kepada atlet yang membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik dilakukan juga di Paralimpik.

Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim berkata, pihaknya mengalu-alukan syarikat swasta untuk memberikan faedah sama kepada atlet Paralimpik.

"Daripada pihak kerajaan sudah dilakukan sejak 2023 di bawah Skim Insentif Majlis Sukan Negara (MSN), satu emas pada Sukan Olimpik dan Paralimpik yang bernilai RM1 juta.

"Namun, sebarang faedah tambahan adalah diumumkan oleh syarikat swasta.

"Jadi, beberapa faedah termasuk pangsapuri ditawarkan kepada atlet yang membawa pulang emas pertama buat temasya kali ini di Sukan Olimpik," katanya.

BACA LAGI: 'ADUN Rembia kes lain', Zahid jelaskan Umno ada cara 'handle' 4 ADUN Sabah sertai GRS

BACA LAGI: Pelajar Malaysia di Bangladesh dakwa tiada akses ke tempat perlindungan, terpaksa cari homestay selamat

6118336344179719742

Adam (kiri) menyarankan perkara itu kepada mana-mana entiti swasta. — The Star

Adam berkata, kementerian menggalakkan mana-mana entiti swasta untuk menyediakan faedah dan imbuhan yang sama untuk atlet Paralimpik

“Sekiranya atlet Paralimpik mendapat ganjaran yang serupa untuk meningkatkan motivasi, ia bagus,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Adam juga menasihatkan kepada atlet Malaysia untuk berhati-hati dalam pengambilan makanan tambahan yang boleh memberi kesan buruk kepada mereka.

Katanya mengulas tentang isu doping dan barang larangan dalam kalangan atlet di negara ini.

“Kadang-kadang mereka mungkin tidak menyedari kandungan makanan tambahan yang mereka ambil dan secara tidak sengaja ia boleh membawa kepada isu doping.

"Tetapi buat masa ini, semuanya baik-baik sahaja," tambahnya. — The Star/MANJIT KAUR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram