Dakwaan bercanggah, FIB siasat KL City


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Persoalan mula timbul mengenai keputusan MFL untuk memberikan lesen bagi KL City FC beraksi dalam Liga Super musim ini.

FIRST Instance Body (FIB) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membuat siasatan terhadap dakwaan dibuat Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Syed Yazid Syed Omar.

Ini selepas Syed Yazid pada Jumaat mempersoalkan keputusan FIB sebagai badan bebas untuk memberikan lesen terhadap KL City FC yang membolehkan mereka beraksi dalam Liga Super 2024/25.

Pertikaian itu dibuat selepas skuad Warga Kota difahamkan berdepan masalah tunggakan gaji dan kelewatan membuat caruman KWSP sepanjang musim lalu.

BACA LAGI: Isu gaji KL City: Kenyataan CEO, pemain bercanggah, siapa yang betul sebenarnya?

BACA LAGI: Isu tunggakan KWSP KL City: 'Ia akan selesai secepat mungkin' — Abdullah Sani

452100680_504222448666410_4436870946226862323_n

FIB MFL akan membuat siasatan terhadap KL City FC. Facebook/MFL

Syed Yazid turut mengharapkan supaya MFL bersikap lebih telus berhubung dokumen yang dihantar KL City FC untuk memperoleh lesen.

Menjawab akan perkara itu, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheik Mohd Sharif berkata, proses itu dibuat berdasarkan garis masa yang ditetapkan.

"FIB menerima surat deklarasi daripada KWSP yang dihantar KL City FC bertarikh 28 Ogos 2023 yang menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 30 Jun 2023 berserta dengan surat lampiran.

"FIB menerima surat deklarasi daripada KWSP yang dihantar KL City FC bertarikh 29 Mac 2024 menyatakan tiada tunggakan bayaran setakat 31 Disember 2023 beserta dengan surat lampiran.

"Jelas di sini, Jawatankuasa FIB memberikan lesen kepada KL City FC berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan KWSP sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kenyataan itu, FIB turut menjelaskan percanggahan Syed Yazid itu akan mendesak satu siasatan dibuat terhadap isu tersebut secara serta merta.

Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan skuad Warga Kota berdepan isu tunggakan gaji cukup kronik bagi musim 2024/25 selepas pemain mendedahkan mereka tidak menerima bayaran sehingga tujuh bulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram