Kembali ke 'the best place', ex Kelantan FC bakal kongsi ilmu Eropah bersama kelab Liga M


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Allee Putra ketika beraksi bersama Kelantan FC bagi musim 2023. — Instagram/allee_putra_11

SELEPAS berkelana lebih kurang tiga tahun di bumi Eropah, bekas pemain Kelantan FC, Allee Putra Azril bakal kembali ke pangkuan Malaysia untuk beraksi dalam Liga Super musim ini.

Nama pemain berusia 18 tahun itu mula dikenali apabila berkelana ke Sepanyol untuk beraksi bersama pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) Akademi Malaga, Sepanyol.

Terbaharu, pemain berketinggian 1.70 meter itu mendedahkan bakal menabur bakti bersama salah satu kelab Liga Malaysia (Liga M).

BACA LAGI: Ada bendera Malaysia, 3 pemain lokal mungkin sertai JDT menurut khabar angin

BACA LAGI: [VIDEO] Akui jentera serangan tumpul, legenda Selangor percaya Gergasi Merah perlu penyudah tajam

WhatsApp Image 2024-07-17 at 11.25.13

Allee dikhabarkan bakal kembali menabur bakti di Malaysia. — Instagram/allee_putra_11

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Allee seakan-akan memberi bayangan bahawa menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga M menjelang jendela perpindahan kedua yang bermula Ogos nanti.

"Welcome back maboi! U know the best place," tulisnya ketika memuat naik semula hantaran daripada naskencoffeefc.

Meskipun begitu, dia enggan mendedahkan nama kelab berkenaan.

Sebelum ini, Allee pernah bermain bersama pasukan Kelantan dan melakukan 11 penampilan ketika mewakili skuad Pantai Timur tanah air itu.

Sekiranya benar Allee kembali ke Malaysia, sudah pasti pasukan yang akan disertai olehnya menerima suntikan semangat yang baik.

Ini kerana ilmu yang dipelajarinya mampu membantu pemain-pemain lain menjadi lebih baik di atas padang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram