Mohamed Simakan pikat Liverpool


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Ketangkasan dan kemahiran pertahanan Simakan menarik perhatian kelab-kelab terkemuka.

MISI Liverpool memperkuatkan benteng pertahanan bagi mengharungi musim baharu semakin rancak apabila meletakkan Mohamed Simakan dari RB Leipzig sebagai sasaran mereka.

Simakan memainkan peranan penting dalam kejayaan Leipzig musim lalu, bermula dengan 32 perlawanan untuk pasukan Jerman itu dan membantu kelabnya meraih tempat dalam Liga Juara-Juara.

Liverpool dan Tottenham adalah antara kelab yang berminat dengan pemain pertahanan Perancis berusia 24 tahun itu.

BACA LAGI: Ada bendera Malaysia, 3 pemain lokal mungkin sertai JDT menurut khabar angin

BACA LAGI: [VIDEO] Akui jentera serangan tumpul, legenda Selangor percaya Gergasi Merah perlu penyudah tajam

simakan1111

Simakan berpindah ke Leipzig pada 2021, dan sejak itu memantapkan dirinya sebagai salah satu pertahanan paling dipercayai dalam Bundesliga menerusi 102 penampilan dalam pasukan RB Leipzig. Arsenal Station

Terkenal dengan kehandalannya, Simakan muncul sebagai sasaran utama Liverpool yang memerlukan bek tengah baharu selepas Joel Matip meninggalkan pasukan itu.

Ketangkasan dan kemahiran pertahanan pemain berkenaan sebelum ini menarik perhatian kelab-kelab terkemuka seperti Bayern Munich dan Arsenal.

Liverpool juga berpotensi menyambar pemain Crystal Palace, Marc Guehi, selepas kelab London Selatan itu dilaporkan untuk menjual pemain tersebut pada harga sekitar 65 juta pound (RM395 juga). Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram