JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dijangka melakukan rombakan besar-besaran selepas difahamkan enam pemain akan menyertai Harimau Selatan menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada Ogos nanti.
Walaupun skuad kendalian Hector Bidoglio masih mengekalkan rekod bersih dengan mencatatkan 100 peratus kemenangan dalam semua aksi musim ini, JDT seolah-olah masih tidak berpuas hati dengan prestasi semasa Harimau Selatan selepas mahu melakukan rombakan besar-besaran untuk membawa masuk muka baharu.
BACA LAGI: Heberty, Juan Muniz duo paling bahaya Liga Super setakat ini
BACA LAGI: 'Player loan' JDT, Selangor antara 3 bintang lokal catat 'game time' paling tinggi Liga M ketika ini
Perkara ini dimaklumkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman mengenai beberapa perpindahan melibatkan JDT.
“JDT bakal buat rombakan pemain pada jendela perpindahan Ogos ini.
"Enam pemain telah dikenal pasti dan sudah ada yang lapor diri di Padang Seri Gelam," ciapnya dalam X.
JDT bakal buat rombakan pemain pada jendela perpindahan Ogos ini.
ENAM pemain telah dikenal pasti dan sudah ada yang telah lapor diri di Padang Seri Gelam. #JDT
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) July 15, 2024
Antara bayangan awal yang dimaklumkan oleh Juan Budiman melibatkan pemain import kelahiran Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang pemain Colombia dan seorang pemain Argentina.
Perpindahan seorang pemain tempatan juga dijangka bakal mewarnai jendela kedua pada bulan Ogos ini.
Ini memberikan gambaran awal bahawa beberapa pemain import JDT yang tidak beraksi dengan baik mungkin dilepaskan semasa jendela perpindahan kedua nanti.
Pemain import yang jarang mendapat tempat dalam JDT ketika ini ialah Shane Lowry, Fernando Forestieri, Jalil Elias dan beberapa bintang lain lagi.
Sebelum ini, Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemangku Sultan Johor memaklumkan akan ada perkara beberapa perubahan besar di JDT.
"Selamat malam keluarga JDT. Banyak pembaharuan setiap aspek akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan ini," ujar Tunku Ismail yang mesra dengan gelaran TMJ. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram