Boleh jadi Solari, tapi coach Kedah, Sabah ada kualiti isi tempat ditinggalkan Kim Pan-gon


  • Podium
  • Rabu, 17 Jul 2024

Nafuzi (kiri) dilihat sesuai untuk mengisi tempat sebagai pengendali Harimau Malaya. — Kedah Darul Aman FC

KIM Pan-gon memilih untuk meninggalkan jawatannya sebagai pengendali skuad kebangsaan Malaysia selepas mengumumkan perkara tersebut pada Selasa.

Pemergiannya meninggalkan satu ruang besar yang perlu diisi oleh penggantinya dek kerana impak diberikan kepada Harimau Malaya terutamanya daripada segi kestabilan skuad.

Siapakah yang layak untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Pan-gon selepas Pau Marti menamatkan tempohnya sebagai pengendali sementara Harimau Malaya?

Terdapat cakap-cakap yang mengaitkan dengan kepulangan semula Tan Cheng Hoe ke Harimau Malaya. Tetapi selain dia, ada lagi beberapa nama lain yang boleh dipertimbangkan.

BACA LAGI: Balik kampung lepas 28 tahun, KPG sertai Ulsan HD lepas tinggalkan Harimau Malaya

BACA LAGI: Tan Cheng Hoe ganti Kim Pan-gon pimpin Harimau Malaya?

Datuk Ong Kim Swee

Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memilih untuk mendapatkan seseorang yang berpengalaman mengendalikan skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee adalah orangnya.

Pernah bersama skuad kebangsaan baik di peringkat bawah umur dan senior, Kim Swee mempunyai pengetahuan luar dalam berkenaan Harimau Malaya.

451018238_879439404222752_2187094605320856216_n

Datuk Ong Kim Swee pernah mengendalikan skuad Harimau Malaya. — Sabah Football Club

Jika FAM melantik semula Kim Swee, ia mungkin tidaklah popular dalam kalangan penyokong tetapi boleh dianggap pemilihan 'selamat'.

Namun begitu, Kim Swee dilihat begitu setia bersama jadi ia memerlukan tawaran baik untuk membawanya menyertai skuad kebangsaan.

Nafuzi Zain

Satu lagi calon yang dilihat berpotensi untuk dipilih mengisi kerusi panas skuad kebangsaan adalah Nafuzi Zain.

Pengendali Kedah Darul Aman FC itu dikenali dengan corak permainan yang menghiburkan serta antara jurulatih tempatan yang meningkat naik ketika ini.

Majoriti difahamkan jika FAM serius mahu membawa Nafuzi menyertai Harimau Malaya, dia meletakkan syarat yang barisan kejurulatihan perlu dirombak secara keseluruhan kerana pengendali itu mahu membawa barisan stafnya.

Ia mungkin satu permintaan yang berat untuk ditunaikan kerana kesemua staf kejurulatihan Pan-gon masih bersama Harimau Malaya. Tetapi jika FAM masih serius mahu mendapatkannya, pasti permintaan itu akan ditunaikan.

Jika Nafuzi dilantik, ia pasti menjadi detik penting dalam kariernya apabila mengendalikan skuad kebangsaan.

450678015_517583813956134_134696582114672409_n

Nafuzi dilihat calon berkualiti menggantikan Kim Pan-gon. — Kedah Darul Aman FC

Esteban Solari

Jika FAM mahu mendapatkan khidmat pengendali asing seperti sebelum ini, mereka boleh mempertimbang mendapatkan Esteban Solari.

Mantan pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai nilai tambah kerana mempunyai pengalaman berada dalam bola sepak Malaysia. Oleh itu, semestinya dia memahami komposisi pemain-pemain tempatan.

estaban-solari

Solari (kanan) boleh menjadi pengendali Harimau Malaya yang baharu. — MFL

Buat masa kini, Solari masih lagi terikat dengan kelab di Chile iaitu CD Everton namun kontraknya akan tamat pada Disember 2024.

Jika FAM mahu mendapatkannya, mereka boleh cuba untuk sedikit demi sedikit mendekatinya. Mana tahu, Solari akan mengetuai Harimau Malaya bermula pada 2025? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram