Bakal jadi pemain kedua termahal JDT, bekas bintang Atletico Madrid hitung hari ke Harimau Selatan


  • Podium
  • Selasa, 16 Jul 2024

Hernandez dikhabarkan akan menyertai JDT selepas kontraknya tamat pada 1 Julai 2024. — Agensi

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dilaporkan bakal 'reset' semula pasukan mereka pada Ogis ini apabila dijangka melakukan rombakan besar-besaran dengan difahamkan seramai sudah melapor diri di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, Johor.

Khabar angin berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada penyokong berikutan awal tahun ini juga menyaksikan Harimau Selatan sudah membawa enam pemain import untuk jendela perpindahan awal musim ini.

Keputusan Harimau Selatan untuk merekrut pemain baharu itu jelas menunjukkan bahawa JDT masih tidak berpuas hati dengan prestasi semasa walaupun mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan setakat ini.

BACA LAGI: Dengarnya 6 pemain baharu sudah lapor diri, ada bintang JDT tunggu masa ditunjukkan jalan keluar menjelang Ogos

BACA LAGI: Media Korea Selatan kecoh KPG undur diri jadi pengendali Harimau Malaya

Antara bayangan awal yang dikatakan mengenai perpindaha berkenaan adalah melibatkan pemain import kelahiran Korea Selatan, dua pemain Sepanyol, seorang pemain Colombia dan seorang pemain Argentina.

Selain diramaikan dengan kehadiran lambakan import bagi membantu saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), perpindahan seorang pemain tempatan juga dijangka bakal mewarnai jendela kedua pada bulan Ogos ini.

Bayangan awal tersebut membuka ruang kepada pelbagai nama pemain dikaitkan dengan JDT dan salah satunya adalah Hector Hernandez selepas satu laporan berita dikeluarkan oleh wartawan SNE Sports, Offeris Wichitchote.

Hernandez, yang kini bermain untuk GD Chaves dalam saingan Liga Portugal 2, dikhabarkan akan menyertai juara bertahan Liga Super itu selepas kontraknya tamat pada 1 Julai 2024.

Pemain berusia 28 tahun yang boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang tunggal, mempunyai pengalaman luas La Liga dan bakal menjadi pemain kedua termahal dalam Harimau Selatan, bernilai $2 juta (RM9.34 juta).

Setakat ini, Jalil Elias memegang takhta sebagai pemain termahal Harimau Seolatan dan Liga Malaysia (Liga-M) berikutan nilainya yang kini mencecah 3 juta Euro (RM15. 2 juta).

Sepanjang kariernya, bekas bintang Atletico Madrid itu telah menjaringkan 81 gol dalam 282 penampilan dalam liga teratas Eropah. Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kelab mahupun pemain berkenaan perpindahan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram