KEMELUT masalah tunggakan gaji Liga Malaysia (Liga M) semakin parah apabila beberapa pasukan Liga Super dikhabarkan tidak melunaskan pembayaran terhadap pemain mereka.
Beberapa pasukan telah pun dikaitkan dengan masalah tersebut dengan lebih dua buah pasukan Liga Super sedang mengalami isu yang saban tahun menjadi topik utama peminat bola sepak.
Malangnya, isu tersebut seakan-akan tidak mempunyai jalan penamatnya. Sebaliknya, ia menimbulkan persoalan, adakah ia bakal menjadi lebih teruk?.
BACA LAGI: AFF B-19: Laluan mudah hanya atas kertas, bola itu bulat, kurangkan bercakap — Penganalisis
BACA LAGI: Lepak dengan import JDT, Rafael Vitor selangkah ke JDT?
Lima pasukan dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji hanya beberapa minggu selepas saingan Liga Super bermula.
Susulan isu gaji tersebut, timbul persoalan mengenai pelaksanaan Peraturan Financial Fair Play (FFP) yang pernah dikhabarkan akan dilaksanakan dalam saingan Liga M bermula musim 2024/2025 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Sehingga kini, peraturan tersebut seolah-olah hilang dari radar dengan isu gaji beberapa kelab ketika ini semakin membimbangkan.
Dalam pada itu, penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli menyuarakan pendapatnya mengenai peraturan FFP tersebut.
Menurutnya, sekiranya MFL melaksanakan peraturan tersebut secara tegas, sudah pasti banyak pasukan Liga Super tersingkir dari Liga M.
"Saya rasa FFP tu belum dilaksanakan sepenuhnya oleh MFL.
"Kalau MFL betul-betul telah laksanakan FFP secara tegas mungkin banyak pasukan tidak menepati syarat untuk mendapat lesen beraksi di liga Malaysia," katanya kepada Majoriti.
Tambahnya lagi, MFL dilihat berdepan situasi sukar untuk melaksanakan peraturan FFP berkenaan.
"Pada pandangan saya agak sukar untuk MFL untuk betul-betul melaksanakan FFP ini kerana mahu menjaga pelbagai kepentingan liga. Ibarat menarik rambut dalam tepung," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram