BEK tengah Penang FC selangkah ke Johor Darul Ta'zim (JDT)?
Begitulah persoalan yang timbul dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air khususnya peminat setia Harimau Kumbang.
Ia susulan selepas satu keping gambar yang dikongsikan oleh laman rasmi JDT Futsal di Facebook mencuri tumpuan penyokong.
BACA LAGI: Berpotensi tundukkan Gergasi Merah, TFC boleh ke final jumpa JDT — Legend Peteh
BACA LAGI: Pernah redah hujan ke Darul Aman, Azhar Zakaria anggap beli pas musim bukti cinta buat Sang Kenari
Rafael Vitor (dua dari kanan) menyertai skuad Harimau Kumbang pada 2020. — Facebook/FA Penang
Meskipun hanya sekeping gambar namun ia seolah-olah memberi bayangan bahawa import Penang FC, Rafael Vitor akan berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Selatan itu.
Menerusi perkongsian itu, terlihat Rafael bersama tiga import JDT iaitu Bergson da Silva, Endrick Dos Santos dan Murilo Henrique memberi sokongan kepada pasukan futsal JDT dalam aksi berdepan Shah Alam City bagi saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) pada Isnin.
Penghijrahan Rafael ke Harimau Selatan itu dianggap benar kerana sebelum ini pengurusan Penang FC pernah berkongsikan bahawa proses naturalisasi import Brazil itu dijangka selesai pada 2025.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong Harimau Kumbang berasakan pertahanan Penang FC itu akan berhijrah ke JDT selepas proses naturalisasinya selesai.
"Rupanya Rafael Vitor di Penang adalah hanya sebahagian proses naturalisasi untuk kepentingan satu pihak, sudah dihidu dari awal," kata Abe Joe.
"Stay Penang cuma jadi transit sebab nak naturalisasi," kata Amir Hafiz.
"Patutlah tengah in proses naturalisasi, rupanya sudah lama dibeli," kata VH.Hierzyu.
Untuk rekod, pemain kelahiran Brazil yang mula menyertai Penang pada 2020 itu diberi tugas untuk meggalas tugas sebagai kapten pasukan bermula musim 2023.
Meskipun rekod pertahanan pasukan tidaklah begitu cemerlang, pemain dari Brazil itu masih sesuai diberikan pujian dari aspek fizikal kerana memiliki tubuh yang besar sebagai bek. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram