[VIDEO] Lebih 300,000 penyokong Jerman 'sign' petisyen, gesa aksi ulangan menentang Sepanyol


  • Podium
  • Isnin, 08 Jul 2024

Penyokong Jerman mendakwa Cucurella menghalang rembatan Musiala menggunakan tangannya dalam kotak penalti. — Agensi

PULUHAN ribu penyokong menandatangani petisyen menggesa UEFA mengadakan perlawanan ulangan aksi suku akhir Euro 2024 di antara Jerman dan Sepanyol.

Tuan rumah kejohanan Jerman tewas 1-2 selepas masa tambahan hasil tandukan Mikel Merino pada minit ke-119.

Dani Olmo meletakkan Sepanyol di depan pada awal babak kedua sebelum Florian Wirtz menjaringkan gol penyamaan untuk Jerman minit ke-89.

BACA LAGI: 'Kurangkan kuota import bukan penyelesaian masalah tunggakan gaji', tegas legenda Harimau Malaya

BACA LAGI: [VIDEO] Perlu penyerang lokal, fans Penang cadang Akmal Rizal pikat balik anak jati Seberang Perai

Namun detik paling kontroversi berlaku pada minit ke-23 masa tambahan sejurus sebelum jaringan Merino.

Ia membabitkan pertahanan kiri Sepanyol Marc Cucurella yang tangannya menghalang rembatan Jamal Musiala dalam kotak penalti.

Penyokong Jerman dan pemain tidak berpuas hati dan mendakwa pengadil sepatutnya memberikan penalti tetapi tidak dipedulikan dan petugas VAR pula tidak menasihatkan pengadil mempertimbangkan semula keputusannya.

Sekitar 30,000 penyokong membantah dengan menandatangani petisyen di change.org.

Kenyataan petisyen menjelaskan: "Suku akhir Euro 2024 - Jerman melawan Sepanyol. Anthony Taylor mengadili perlawanan. Tapi jelas tidak adil!

"Selepas bola jelas terkena tangan Marc Cucurella (pemain Sepanyol) dalam kotak penalti, Jerman tidak diberikan penalti yang boleh menukar keputusan perlawanan.

"Dan ini bukan kali pertama! Taylor dikritik sebelum ini oleh pengadil lain selepas lebih memihak Sepanyol.

"Oleh itu kami menggesa UEFA mengadakan semula perlawanan ini, siasat Taylor yang tidak adil dan kenakan hukuman ke atasnya!'

Bagaimanapun, petisyen itu tidak mempengaruhi UEFA dengan Sepanyol akan menentang Perancis pada separuh akhir awal pagi Rabu ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram