PENYINGKIRAN menyedihkan dialami Sabah FC daripada Piala FA apabila tewas 0-7 secara agregat di tangan Terengganu FC dalam pusingan suku akhir.
Keputusan berkenaan sudah tentu sukar diterima penyokong skuad Sang Badak yang sukar menerima nasib pasukan selepas menjadi pencabar beberapa musim kebelakangan ini.
Tidak cukup dengan itu, perlawanan terbabit turut menjadi titik noktah buat karier penyerang, Ramon Machado yang dilaporkan sudah meninggalkan Sabah FC.
BACA LAGI: Kim Swee kecewa bahagian penting Sabah FC 'gagal' berfungsi
BACA LAGI: Pengarah Sabah FC pelik kontena luar stadium, fans jawab tempat 'simpan' perosak bola sepak
Dia yang memiliki rekod jaringan memberangsangkan tidak akan lagi menyarung jersi kelab selepas menamatkan kontraknya lebih awal.
Masalah demi masalah yang timbul berkenaan membuatkan penyokong pasukan sukar menerima nasib skuad Sang Badak dengan mereka mendesak berlakunya rombakan terhadap pihak pengurusan.
Tumpuan sudah tentu diberikan terhadap pengarah kelab, Md Joh Wid yang memegang jawatan itu sejak Jun 2023 dengan pengalamannya diharapkan dapat membawa Sabah FC ke tahap lebih tinggi.
Selain dikatakan tidak cekap dalam membuat keputusan, dia turut menjadi 'mangsa serangan penyokong' kerana gagal membawa masuk penaja yang dipercayai.
Joh Wid memuat naik tangkap layar kiriman mesej yang diterimanya di Instagram.
Jadi, tidak hairanlah apabila sekumpulan penyokong mendesak agar Joh Wid meninggalkan jawatannya ketika aksi Piala FA di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu lalu.
Gesaan itu tidak terhenti di situ apabila beberapa pengguna Instagram mula mengirimkan mesej untuknya meninggalkan posisi sebagai pengarah pasukan.
"Kau bila mahu keluar, bos?" kata penyokong menerusi akaun @yarauall dengan desakan berkenaan dikongsikannya menerusi Instastory peribadinya baru-baru ini.
Situasi itu sudah tentu menyukarkan hasrat Sabah FC untuk terus menjadi pasukan pencabar Liga Super kerana masalah kewangan kelab pasti terus menyekat pembangunan kelab.
Di samping itu, isu tersebut pasti akan mematahkan semangat pemain dalam memberikan persembahan terbaik meskipun saingan Liga Super baru sahaja berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram