Berpotensi tundukkan Gergasi Merah, TFC boleh ke final jumpa JDT — Legend Peteh


  • Podium
  • Isnin, 08 Jul 2024

Terengganu FC berjaya meraih slot ke separuh akhir Piala FA 2024 selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 7-0. — Facebook/TFC

'TERENGGANU FC jumpa Selangor FC semifinal adalah perlawanan yang terbaik'.

Itulah ungkapan daripada legenda Terengganu, Che Ku Marzuki yang menganggap bahawa perlawanan separuh akhir Piala FA 2024 antara Terengganu dan Selangor adalah aksi yang ditunggu-tunggu penyokong tanah air.

"Pasukan Terengganu jumpa Selangor di semifinal adalah perlawanan yang terbaik. Seperti yang mana kita sedia maklum Selangor, Kedah Darul Aman FC, Sabah FC, Terengganu dan ramai penyokong kedua-dua pasukan sedang menunggu perlawanan tersebut," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Pernah redah hujan ke Darul Aman, Azhar Zakaria anggap beli pas musim bukti cinta buat Sang Kenari

BACA LAGI: Dah 'pecoh telor', fans puji kegigihan Mat Yat bantu TFC ke semifinal

WhatsApp Image 2024-07-07 at 21.24.25 (1)

Skuad Sang Penyu ketika meraikan gol yang dicetak oleh Akhyar.Facebook/TFC

Menurut Che Ku, meskipun kedua-dua pasukan sering tampil dengan prestasi memberangsangkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini namun keputusan akhir perlawanan.

"Pastinya susah kita nak jangkakan keputusan akhir aksi tersebut dengan prestasi Selangor yang tidak menentu.

"Jika melihat prestasi Terengganu ketika ini yang sangat baik, baik game ke game, performances mereka sangat memberangsangkan," ujarnya.

Che Ku berkata, kemenangan besar yang diraih oleh skuad Peteh dalam aksi berdepan Sabah FC itu sepatutnya menjadi motivasi buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu untuk mengharungi cabaran Gergasi Merah.

Malah, Che Ku berpendapat bahawa kehadiran duo TFC, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid mampu membantu Sang Penyu mara ke pusingan akhir Piala FA.

WhatsApp Image 2024-07-07 at 21.24.26

Khidmat duo TFC, Akhyar dan Safawi ditagih bagi membantu Sang Penyu mara ke pusingan akhir Piala FA. Facebook/TFC

"Dengan kemenangan berdepan Sabah, ia adalah persiapan diri pemain sebagai motivasi untuk berjumpa Selangor.

"Kalau di atas perancangan kelebihan kepada skuad Peteh namun pemain-pemain jangan ambil mudah cabaran Selangor.

"Namun, dengan kehadiran pemain seperti Safawi dan Akhyar musim ini membuat perancangan pengurusan lebih mudah," katanya.

Bercakap mengenai prestasi semasa Sang Penyu yang mana mampu meledak gol sehingga tujuh butir, Che Ku berkata, kejayaan musim 2022 mungkin berulang.

"Terengganu akan ke final dan sejarah musim 2022 mungkin berulang kerana sebelum ini Sang Penyu pernah berdepan dengan Selangor FC dalam peringkat separuh akhir.

"Ketika itu, Terengganu meraih kemenangan menerusi sepakan penalti 4-2 selepas terikat 1-1," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram